BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Tokoh agamawan 'banjar' yang dikagumi !! - Malaysiakini  

Monday, December 29, 2008

-

radenbanjar@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Ucapan tahniah diucapkan kepada penerima Tokoh Maal Hijrah 1430H iaitu Mufti Negeri Perak, YBhg S.S Dato' Seri Hj. Harussani b. Zakaria. Dato' Mufti ini telah menerima RM120,000 dari Sultan Kedah hari ini. Anak kelahiran dari Parit Buntar, Perak. Semoga jejak langkah dan ketokohan beliau dicontohi dan menjadi ikutan dan peransang kepada kita semua terutama umat Islam di Malaysia. Sebenarnya saya amat kagum dengan profil dan peribadi tokoh Maal Hijrah kali ini. Sesungguhnya mereka merupakan ulama' yang saya kagumi dan contohi sejak dahulu lagi.

Kelantangan dan keberanian S.S Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria dalam mengeluarkan fatwa sangat menarik minat saya serta ilmu yang beliau miliki. Bicara beliau dalam lembut ada ketegasan. Kata-kata beliau beliau dalam MuktamarPerhimpunan Agung Tahunan PKPIM kira-kira 4 tahun dahulu di Ipoh masih segar dalam ingatan saya. Selain itu juga beliau sering muncul dalam rancangan Soal Jawab Agama dalam Radio Ipoh. Sesungguhnya ketokohan beliau sangat saya kagumi.

Dari Malaysiakini [link]..
Baginda menyeru seluruh umat Islam supaya menyorot kembali kelemahan dan kesilapan diri yang telah dilakukan selama ini sebagai ikhtibar dalam mencorak masa depan yang bakal dihadapi dan juga menilai kembali segala kekuatan yang telah dikurniakan tuhan.

"Beta yakin tema yang sama dipilih bagi sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini (Menjana Ummah Gemilang) mampu mendorong umat Islam untuk berfikir dan menyusun perjalanan masa depan yang lebih teratur sehinga berupaya meletakkan diri dalam persaingan global yang begitu mencabar pada hari ini," titah baginda.[ selanjutnya..]
Amat Jaman (AJ), sekali tengok wajah Mufti Perak ni macam muka hang. Nak wat macamana no..dah muka banjar, urang banjar..! muka pun memang muka banjar ! Syabas Banjar !

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Sementara ada 'kuasa'...belasah orang !!  

Friday, December 26, 2008

ude kenang@ABOdaily-
PDF Print E-mail

...teringat cerita bekas PPD di daerah Perak yang sangat terkenal di masa dulu dan kini. Selalu berbangga dengan kejayaan anak-anaknya yang jadi doktor, lawyer, architech dan sebagainya yang menuntut di dalam dan luar negara. Kemana-mana beliau berceramah beliau akan menceritakan tentang kejayaan beliau mendidik anak-anak hingga berjaya. Beliau yang menetap di bandar kecil yang jauh dari kepikokan kota. Pegawai ini terkenal dikalangan guru sebagai seorang yang tidak suka penampilan yang "islamik".

Teman surau teman, Ustaz Mat dan kawan-kawanya pernah ditegur kerana memakai kopiah dan berjanggut. Tak masuk oksigenlah, hotak sempitlah dan macam-macam lagi. Ustazah yang memakai jubah dikatakan menyapu tahi ayam. Ustaz-ustaz tidak dibenarkan memakai kopiah, cuma dibenarkan memakai songkok. Dia suka guru-guru wanita berkebaya, elegen dan berketerampilan moden. Setiap kali taklimat dan mesyuarat beliau akan mengenakan "guru-guru atau ustaz-ustaz" yang islamik ini.

Blacklist dan senarai ahli-ahli pembangkang amat terkenal di sebuah PPD di Perak. Pegawai-pegawai ini akan dinafikan kenaikan pangkat, anugerah perkhidmatan cemerlang dan markah prestasi. Sahabat teman yang telah lama berkhidmat tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pehak PPD. Menurutnya setiap tahun sekolahnya akan menghantar namanya untuk anugerah tetapi PPD akan menolaknya kerana namanya termasuk dalam "Blacklist".

Teman nak tanya pegawai PPD. Adakah mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik? Adakah mereka ini ponteng kerja? Adakah mereka mengantuk di dalam kelas kerana pergi Ceramah PAS malam sebelumnya? Setahu teman, sahabat teman tu seorang yang sangat rajin. Murid-murid sayang padanya. Beliau menjadi salah seorang Pengubal Soalan SPM dan STP, peringkat kebangsaan. Setakat menjadi Ketua Pemeriksa SPM tu, dah berpuluh tahun. Yang sedihnya mereka ditukarkan ke sekolah yang jauh, 80km dari rumah. Anak-nak murid di sekolah lama, tak payah ada cikgu. Biar mereka bodoh asalkan nafsu manusia UMNO ini terlepas. Pegawai PPD tahu apa? Setakat ke hulu ke hilir, buat claim, marah sana, marah sini, tegur sana, tegur sini, tak payahlah jadi Penjawat Awam. Merosakan BANGSA saja.

Sahabat teman bercerita lagi. Ada seorang Pegawai PPD yang suka mencarut, cakap kotor dan memaki hamun cikgu. Dia yang suka menunjukan KUASAnya itu pernah dikatakan berkhalwat dengan guru perempuan pada lewat malam semasa berkursus. Semua orang tahu, Pegawai PPD pun tahu tetapi buat-buat tak tahu.

Bila UMNO buat persidangan je, banyaklah kuncu-kuncu yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengambil cuti atau buat-buat cuti. Pengetua-pengetua dan pegawai di PPD bukan tak tahu. Macam biasa mereka buat-buat tak nampak. Mengikut sahabat teman bila PAS buat Muktamar atau ada ceramah tak ada pulak ahli-ahli PAS yang tegar ini cuti ke, tidur dalam kelas ke, atau mengabaikan tugas mereka. Kita tahu sahabat-sahabat bagi tahu cikgu-cikgu dan kakitangan-kakitangan UMNO tegar ini boleh keluar sekolah "waktu sekolah" untuk mensyuarat UMNO le, taklimat ke dan macam-macam lagi. Kalau cikgu PAS dan rajin ini, nak bawa anak ke klinik pun payah.

Ingatlah pengetua-pengetua, pegawai-pegawai PPD, anda bukan kerja sampai mati. Lambat laun akan pencen juga. Tidak ingatkah apa yang berlaku pada seorang bekas pegawai PPD yang sangat sombong dan bongkak. Apabila dia pencen orang langgar bahu pun buat tak kenal. Bila makan di kedai kopi tidak ada siapa pun yang sudi duduk semeja. Kawan teman bagitahu, ada beberapa orang guru sedang minum pagi dan datanglah bekas pegawai PPD yang angkuh ini dan ingin duduk bersama mereka. Dengan selamba sahaja guru-guru ini mengangkat pinggan dan pindah ke meja lain...(selanjutnya [LINK]

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Jangan di'canibal'kan...!!  

Wednesday, December 24, 2008

ciberboron@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Oleh Penulis Tamu [KLIK]
..pagi ini aku tak peduli. Lantaklah orang nak kata apa pun. Aku tak peduli walau ramai UMNO baca tulisan aku ini. Aku tak peduli kalau orang PAS atau orang PKR kata aku ni membuka pekung di dada. Lantaklah apa pun penilaian korang pada aku.

Aku terpanggil untuk meluahkan apa yang sungguh-sungguh aku rasakan dalam diri aku. Luahan ini bukan setakat rasa hati. Otak aku pun dah luluskan untuk aku luahkan rasa meluat @ getik yang meronta-ronta lebih kurang sebulan lamanya.

Betul ke kita ni KERAJAAN. Kerajaan Pakatan Rakyat, bukan kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan yang dikuasai oleh parti-parti yang nak mendaulatkan rakyat. Yang anti-kronisme dan anti-nepotisme. Kerajaan yang betul-betul nak bangunkan rakyat. Kerajaan yang sungguh-sungguh nak meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan yang prihatin. Good governance ape entah macam yang Kit Siang selalu cakap. Kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat. Kerajaan yang takutkan azab Tuhan di akhirat. Kerajaan yang tak sanggup melengah-lengahkan apa jua keperluan rakyat. Kerajaan yang berintegriti. Kerajaan yang credible. Yang amanah. Sehingga tak tertulis - banyaknya prinsip dan gagasan yang kita kita junjung dan kita janjikan kepada rakyat.

Setakat ini memang kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional sama ada di Perak atau di empat negeri yang lain. Kelantan memang telah sah membuktikan perbezaan itu. Luahan aku ini merujuk khusus kepada negeri Perak.

Terus terang aku isytiharkan bahawa aku dan lebih sejuta rakyat Perak masih belum dapat merasakan perbezaan ketara antara kerajaan sekarang dan kerajaan dulu melainkan dalam beberapa perkara yang sedikit jumlahnya.

Janganlah engkorang ulangi cerita hebatnya MB Nizar, duit seribu untuk yang masuk universiti, tanah untuk sekolah cina dan sekolah agama, rm sejuta untuk orang miskin waktu harga minyak naik hari tu dan tiga empat cerita yang lain tu. Semua tu aku akui dan ucap syabas. Tapi jadi kerajaan bukanlah untuk buat beberapa perkara itu saja.

Aku bercakap bagi pihak majoriti rakyat terutama di kampung dan yang daif di bandar. Yang dapat beberapa barangan keperluan plus sedikit duit melalui peruntukan sejuta waktu minyak naik tu cuma empat lima orang satu kampung. Yang dapat seribu ringgit dermasiswa masuk U pun hanya empat lima orang satu kampung. Yang masih tak dapat apa-apa, beratus atau beribu orang jumlahnya dalam satu kampung.

Projek? projek apa yang ada. Kalau projek repair jalan kampung dan cuci parit, itu projek biasa. Kerajaan dulu pun repair. Kerajaan dulu pun cuci.

Bantuan untuk orang miskin menjelang aidil fitri dan deepavali? Kerajaan dulu pun bagi. Bahkan tahun ini dua kerajaan bagi bantuan. Kerajaan negeri bagi, kerajaan pusat pun bagi.

Rakyat ucap terima kasih kerana repair jalan, cuci parit dan bagi bantuan raya. Tapi itu bukan projek yang melibatkan rakyat terbanyak.

Rakyat letih menunggu ketibaan projek yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup. Projek yang dapat memangkin pertambahan income. Projek yang memudahkan laluan pembinaan diri sebagai usahawan berdaya maju, petani moden dan penternak jaya.

Bajet dah dua bulan dibentangkan. Perinciannya tetap tak turun ke ribaan rakyat. DO tak cerita apa-apa, ADUN tak cerita, penghulu tak tahu, ketua kampung tersengeh sumbing dan JKKK haram tak tau apa. Ketua Bahagian PKR dan YDP PAS Kawasan pun tak tahu apa-apa juga.

Janganlah rasa maklumat dalam Citra Perak tu dah cukup. Kalau setakat macam tu dah boleh jadi kerajaan, canibal 'barai' yang menghukum rebus Pak Long al-banjari, Taib Landak, Dugong Darat & usin cenangau tu pun layak jadi kerajaan. Pleaaaaaaaaaaase! Tolonglah beri maklumat yang secukupnya.

Yang sekian juta untuk pertanian tu, apa pecahan-pecahannya. Berapa untuk itu dan berapa untuk ini. Apa projek yang dah siap diputuskan oleh kerajaan dan berapa agihan peruntukan kepada projek tu. Berapa pulak baki peruntukan yang boleh dipohon oleh rakyat melalui proposal paper yang dikemukakan. Kalau boleh rakyat memohon - kepada siapa nak dipohon. Macam mana caranya. Melalui jabatan mana. Berapa hadnya. Siapa yang layak. Individu boleh ke? atau hanya syarikat yang layak. Apa syaratnya. Bla bla bla bla bla .......

Pleaaaaaaaaaaase! Tolonglah ceritakan pada kami rakyat jelata. [ baca selanjutnya..]

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Scholarships Oh Scholarships - Malaysiakini  

Saturday, December 20, 2008

roslidin@ABOdaily-
PDF Print E-mail

When we talk about this matter, people always believe that certain races or dominant ones are the deserving party. By the way, do we have scholarship nowadays ? Yes we do. Not everyone knows that scholarships do exists.

I remember that during my secondary years, I receieved RM76 in Form One, increased RM10 per year till Form Five. That was state scholarship. The federal one was RM180 annually. Sadly my rich friends got the federal ones. They never lined up into the mobile Bank Bumiputera to get their money. They were rich !

How about now ? The Federal one is RM840. That is RM70 per month. Students fill in forms and their teacher sends them electronically and walla...... They receive the money. Easy huh? What I don't like is the people who get the money. Do they really deserve it ? I happen to get to see some saving account books of the scholarship receivers. Many do not withdraw their money!

Their parents have money for their children. When the children get out from school after form 5, they have about RM4000 ! Imagine what they can buy with that amount. I remember some of my neighbours who do not get "free money" because they do not belong to the right races! I believe they do deserve the so-called "free money". They need to pay the bus fares, PTA's fees and numerous fees to be paid to smoothen their studies. Their parents can pay for other necessaties.

The students who don't use their scholarships don't need them. They go to school on bikes or motorbikes that their dad bought for them. They have everthing, yet they get the scholarship!

**

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Program 'bloggersNetwork@Perak' (1)  

albanjari@ABOdaily-
PDF Print E-mail

..Itulah rumusan dari meeting pagi tadi. Dan bukan pula sesuatu yang boleh dianggap ringan, bila program yang diusulkan pagi tadi dipersetujui oleh Pengarah Urusetia Negeri, kata beliau,

'program ini akan di'kerajaan'kan..'

hangpa faham ka makna ayat tu ? Maksudnya perancangan program bertahap 'mega' ini akan dilaksanakan sebagai salah satu program untuk kerajaan negeri Pakatan Perak, apabila dipersetujui oleh YAB MB kelak. Kertas cadangan sedang disiapkan dan 70% dah siap kini, untuk pembentangan di peringkat Seketariat dan Jawatankuasa J-Pemaya, seterusnya dipersembahkan untuk kelulusan exco kerajaan negeri dan MB. Program apa ? itu masih diperingkat 'kerahsiaan'. Biarlah program yang dirangka ini benar2 'masak' dan diluluskan dan ketika itu barulah Tuan Presiden Kerajaan Maya (MSK) akan membuat sidang media maya khas tentang 'program' ini. InsyaAllah.

So..30% lagi 'bahan program' itu teman ler yang kena perah kepala otak agar ia siap sepenuhnya sebelum mesyuarat J-Pemaya pada 27hb. Disember ini di Kuala Kangsar. Ini yang buat teman betul2 jadi 'samdol' depan pc malam ni. Otak dah 'jammed' ! Bila otak dah jadi macam gitu, mula ler teman nak merepek.MORE

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


SRK@melaka - Alahai 'kepala babi' pak hang!  

Thursday, December 18, 2008

ABOdaily-
PDF Print E-mail

Isu Babi di Melaka lagi !
...aku rasa ada konspirasi untuk mencetuskan isu perkauman…so diaorang gunakan isu babi ni…yang pastinya ada yang untung bila berbuat macam ni. Tapi apa motif diaorang nak buat macam ni? Kenapa nak pecah belahkan penduduk yang sebelum ni hidup tenang?

Ini dah lebih ni…Mesti babi2 semua tak senang duduk, takut jadi mangsa sembelih seterusnya, tak pasal2 kepala kena buat pameran…kesian babi2 tu…tak berdosa pun…tak pasal2 jadi mangsa kepada manusia yang rakus dan kejam yang inginkan kuasa !..

Banner 'bangang' ni dari SIAPA ? untuk SIAPA ? ...untuk Datuk Shah Rock Khan kut ? Lepas ni buleh buat filem Kuch-kuch Ho Ba Bii...! artikel lain di sini [link] foto diterima pada 10:14am ini.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Alahai Fairus (2) - Bila si'fairus' pula yang ber'bogel' ?  

ABOdaily-
PDF Print E-mail

Akhirnya Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin mem'bogel'kan rahsianya yang kerap kali keluar dewan semasa sidang DUN P.Pinang berlangsung.

“Memang betul saya selalu keluar (sidang dewan), tapi itu adalah strategi saya untuk mengetahui siapa mereka yang suka mengata ( memburukkan ) saya bila saya tidak ada dalam dewan, selepas itu pada sidang DUN akan datang, saya akan hentam mereka sampai TKO,” ujarnya. Perkara itu didedahkannya semasa menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Dewan JKKK Bukit Tambun, baru-baru ini.

Tindakan Fairus yang kerap menghilangkan diri semasa sesi perbahasan sidang DUN menjadi bualan orang ramai. Pada sesi sidang lalu, dia menghilangkan diri dengan alasan ‘sakit perut’ sebaik tiba gilirannya untuk menjawab soalan bertulis. Ekoran itu Ketua Menteri Lim Guan Eng terpaksa mengarahkan exco lain untuk menjawabnya. Sidang itu disiarkan secara langsung melalui internet.

Sidang DUN lalu juga menyaksikan Adun BN Pulau Betong Mohamad Farid Saad menggesa Fairus meletakkan jawatan kerana gagal melaksana tugas selain menipu dewan dalam jawapan lisan pada sidang Dun sebelum itu.

Sidang yang berlangsung dari 13 November sehingga 20 November lalu turut memperlihatkan TKM 1 itu langsung tidak menyertai perbahasan, biarpun pembangkang melontar pelbagai isu yang membabitkannya. Pada sesi penggulungan, Fairus juga langsung tidak menyentuh dan merungkai pelbagai soalan yang dibangkitkan pembangkang.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Berilah pertolongan kepada keluarga ini...!  

Tuesday, December 16, 2008

kulopsakah@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya.

Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun. Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor.

Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia?

ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.

Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!

Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509


AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Minyak turun 10 sen mulai esok !  

Monday, December 15, 2008

ABOdaily-
PDF Print E-mail

Terkini !!
Petrol : Harga minyak TURUN 10 sen mulai tengahmalam ini.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Adun Bota (BN) lompat Keadilan ?? (update 7.30am)  

ABOdaily-
PDF Print E-mail

Terkini (7.30am) : Berita belum sohih!
Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.

Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Berita selanjutnya akan menyusul. ABOdaily masih menantikan laporan terkini daripada krew TBO dan mamamat. Dari apa yang diketahui (belum sohih) 2 Adun Umno/BN akan meninggalkan parti itu dan akan menyertai Keadilan di Perak.

Menurut apa yang diperolehi dari sumber yang rapat dgn Usaili, bahawa Adun-Adun Umno ini telah pun berjumpa dan berbincang dengan DSAI beberapa hari yang lalu. Tujuan kedua-dua Adun itu menyertai Keadilan kerana difahamkan mereka sudah bosan dengan karenah politik Umno yang tidak ada hujung penyelesaian, dengan kemasukan Adun2 ini sudah pasti kedudukan kerajaan Pakatan Negeri Perak bertambah kukuh dengan kelebihan kerusi yang sedikit besar dari yang ada sekarang. Sumber muktahir diperolehi dari saudara blogger mamamat dari Tronoh, Perak.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Mana 'klon' Qarun, Hamman, Imelda, Baginda, dalam kerajaan Pakatan Ng. Perak ?  

Sunday, December 14, 2008

ciberboron@ABOdaily-
PDF Print E-mail
Pendek cerita, aku memang nak pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak bertuah aku ni. Aku juga yakin penuh bahawa ramai lagi yang sejiwa dengan aku. Kerajaan ini masih merangkak membina sentuhan keramat. Masih banyak kekurangan. Masih banyak kelemahan. Masih banyak ‘slow’.

Namun kayuhan 9 bulan setakat ini telah membuktikan bahawa kerajaan inilah yang terbaik pernah dimiliki oleh warga Perak. Prestasi 9 bulan kerajaan Pakatan Rakyat telah mengatasi prestasi 50 tahun kerajaan BN/UMNO Perak.

Walau di sana sini terdengar ada jiwa tergoda dan tangan tergatal dek cobaan bernama ‘kuasa’, namun prinsip masih berjaya di junjung oleh majoriti pemimpin dan ahli ketiga-tiga parti DAP/PKR/PAS. Nampaknya klon Qarun, Hamman, Mugabe, Imelda, Kamaludin, Baginda, Rosmah dan Khairi tak berjaya terlahir dari kandungan perut parti-parti Pakatan Rakyat ini. Alhamdulillah ! Belum ada lagi...!

Muktamad! Kerajaan ini wajib dipertahankan. MORE..

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Ibadah Qurban dan 'slumber' kuda untuk mencari 'nama' ?  

ciberboron@ABOdaily-
PDF Print E-mail

(..) di rumah mertua, seekor lembu tumbang untuk korban mertua, ipar dan biras. Kat kampung aku, PAS cawangan sembelih 3 ekor. Majlis cukup meriah dengan kehadiran YB Nga Kor Ming. UMNO pun ramai yang datang. Pagi kelmarin Khairi Jamaludin AlBadawi hadir ke kampung sebelah (Pengkalan Bharu) menyempurnakan majlis korban 7 ekor lembu sempena kempennya utk pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ptuih!

Survey tak rasmi di kawasan DUN Pengkalan Bharu (tempat aku) - 53 ekor lembu sampai ajal sepanjang 4 hari sejak hari raya pertama. Fuhh! hebat betul semangat dan kehendak manusia muslim dalam hal korban ini. Korban lembu dan kambing.

Sudut kanan, aku patut bersyukur dan patut ucap syabas plus tahniah kepada semua yang berbelanja untuk menunaikan ibadah korban yang disyariatkan ini.

Sudut kiri, aku amat musykil tentang lorong fikir dan lorong rasa sebilangan muslim yang serius mengorbankan binatang kerana Allah tetapi realiti hidup mereka (atau kita?) sana sini compang rabak merogol ketetapan Yang Maha Esa. Segenap segi seribu sudut. Yang haram bertukar halal. Yang halal beralih haram.
Menteri yang menyamun wang rakyat siang malam pun turut menyembelih korban. UMNO kampung yang mengusung GRO dan mengangkang jalang pun tak ketinggalan melaksanakan ibadah korban. KJ alBadawi pun tumbangkan 7 ekor lembu kat kampung aku dan sangat mungkin berpuluh ekor lagi di tempat lain. ha ha ha! lillahi taala. Betul ke?
Rakan taulan seperjuangan yang tak mudah direntap poket mereka untuk biaya kerja parti dan tugas politik, namun selambe kude je keluarkan RM4k untuk korban 2 ekor lembu. Fuhh!

Sembelih lembu kerbau kambing pada hari raya korban dan hari tasyriq memang confirmed ibadah. Aku tak boleh menidakkannya apatah lagi mengisytiharkan sebaliknya. Tapi kerja-kerja parti, kerja-kerja politik, kerja-kerja mencegah mungkar akbar Barisan Nasional, kerja-kerja menyeru memanggil memujuk manusia melakukan perubahan politik ke arah keadilan dan kesaksamaan bukan ibadah ke?

Setahu aku berdasarkan pengajian formal dan informal, jihad politik itu adalah salah satu jenis jihad yang ditaklifkan Allah ke atas muslimin/muslimat. Oleh kerana ia wajib maka membiayainya juga adalah wajib. Maka ... masing-masing jawab lah sendiri.

Sudut kiri plus sudut kanan, aku berani menyimpul rumus bahawa kita (pemimpin, penggerak, dan petugas perjuangan) masih belum menyelongkar dan mengolah sepenuhnya surat dan sirat institusi korban ilahiah ini untuk dihadamkan ke minda dan jiwa sekelian manusia yang mengaku muslim sama ada orang PAS, PKR atau UMNO dan yang tak berparti.

Sesungguh-sungguh-sungguhnya manusia UMNO yang mengaku muslim itu tak akan sanggup untuk kekal bersama UMNO walau hanya bagi tempoh 1 minit saja lagi, jika mereka faham dan sedar tuntutan korban yang nyata dan maya seperti diwahyukan dalam Kitab.

Ruang ini tak cukup untuk kita bahaskan secara detail tentang hal ini. Kita perlu seminarkan sehari dua. Kita perlu gabungkan pelbagai authority. Ulama' tentulah mesti ada untuk membimbing perbincangan. Ahli strategi perlu ada. Ahli motivasi perlu ada. Ahli bahasa perlu ada. Ahli pengiklanan dan peragaan perlu ada. Ahli media perlu ada ... dan ... bloggers juga perlu ada bersama. Aku yakin kita mampu hasilkan bahan dan plan bertindak yang mantap..MORE

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Kenyataan Media (1)  

Thursday, December 11, 2008

ABOdaily-
PDF Print E-mail

Kenyataan Media
ISU PAPAN TANDA; RAKYAT DIMINTA BERTENANG
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) menasihatkan agar rakyat amnya dan pendudukan Taman Cempaka khasnya bertenang serta bersabar berikutan isu papan tanda yang disifatkan berbaur perkauman. DPPK IT kesal ada pihak-pihak tertentu bertindak diluar batasan undang-undang yang akan menjejaskan ketenteram awam kelak.

DPPK IT akan mendapatkan penjelasan segera terlebih dahulu daripada Yang Berhormat Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri Canning yang juga Ketua Pemuda DAP Perak berhubung cadangan pemasangan papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka itu.

DPPK IT berharap agar pihak berkuasa dapat mengawal suasana yang tidak sihat ini dan menandatanganinya dengan sebaik mungkin supaya keharmonian rakyat tidak akan terjejas ekoran salah faham yang cuba ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Setelah mendapat penjelasan kelak, DPPK IT akan memberikan pendirian rasmi berhubungan isu tersebut dalam masa yang terdekat.

SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Telefon : 013-384 8044
Tarikh : 11 Disember 2008

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Fairus oh Fairus : antara 'Hang Fairus' dan 'Hang Soros'..siapa patut 'berambuss' !  

Monday, December 8, 2008

albanjari@ABOdaily-
PDF Print E-mail
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”
(nobisha) - sebagai orang politik, Yang Berhormat Mohammad Fairus perlukan publisiti. Sebab itu orang politik kadang-kadang terpaksa bercakap macam orang bodoh untuk masuk dalam akhbar. Bodoh pun bodohlah, asalkan muka dapat masuk akhbar.

Saya juga nak tekankan “Yang Berhormat” kerana bukan semua orang mendapat gelaran tersebut. Ada orang yang bertahun-tahun dalam politik, sampai sekarang belum lagi jadi wakil rakyat. Tetapi Yang Berhormat Mohammad Fairus cukup beruntung. Sekali bertanding, terus menang. Selepas itu, terus menjadi Timbalan Ketua Menteri I. Dengar tu, “I”, bukan “II”. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ialah P Ramasamy.

Sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Yang Berhormat Mohammad Fairus mesti menjaga kredibiliti. Lantaran itulah Pembantu Khas merangkap Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I menulis surat kepada Malaysiakini agar membuat pembetulan kerana bimbang laporan yang tidak tepat “akan menjejaskan kredibiliti YB Fairus.”

Bagi menjaga kredibilitinya jugalah agaknya, Yang Berhormat Mohammad Fairus mengungut untuk menyaman akhbar Siasah kerana dikatakan mendakwa “beliau terlalu malas untuk turun padang.” Hah? Akhbar kata wakil rakyat tak turun padang pun nak kena saman?

Yang Berhormat Mohammad Fairus patut menyaman Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat teguran itu. Selepas itu barulah Siasah. Anwar mungkin mempunyai wang untuk membayar saman Yang Berhormat Mohammad Fairus. Saya tidak pasti adakah Siasah mempunyai wang untuk membayar tuntutan Yang Berhormat Mohammad Fairus.

Anwar buat teguran dengan baik. Siasah juga buat teguran dengan niat yang sama. Oleh itu, usah melenting tak tentu pasal. Jangan ingat dah jadi Timbalan Ketua Menteri I, kita dah banyak kuasa sampai orang nak tegur pun tak boleh. Yang Berhormat Mohammad Fairus, kalau cepat naik angin, eloklah jangan jadi orang politik!

Mohammad Fairus Khairuddin mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
“Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata. Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu.

Pertemuan di rumah wakil peribadi Presiden Keadilan Hajah Che Wa Harun, di Tanah Liat di sini, turut dihadiri Ketua Wanita Permatang Pauh, Khatijah Yahya. Menurut sumber pertemuaan bermula kira-kira 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam. Difahamkan pertemuan itu diadakan sebagai strategi Fairus untuk meraih sokongan akar umbi sekiranya dia dipecat berikutan desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meletak jawatan.

Selain mengungkit pengorbanannya kepada parti selama ini, Fairus turut melahirkan rasa kecewa dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya. Fairus jelas sumber itu turut mengula-gula wanita bahagian dengan beberapa janji manis untuk membantu mereka.

Menurut sumber Fairus juga mendakwa Angkatan Muda Negeri (AMK) bersedia pertahankannya sekiranya parti itu mengambil tindakan ke atasnya. Bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa AMK yang dihubungi menafikan perkara itu.
“AMK negeri dalam proses akhir untuk menghantar memorandum kepada TKM 1 berupa amaran keras agar beliau meningkatkan prestasi kerjanya. Kami memberi tempoh kepada beliau sehingga 31 Disember depan,” jelasnya.
Tambah AJK berkenaan sekiranya Fairus tidak mengendahkan amaran keras itu, pihaknya akan menyusul dengan memorandum mendesaknya meletak jawatan. Salah seorang bekas pegawainya ketika diminta komennya berkata, sekiranya Fairus bertindak demikian para bekas pegawainya akan bertindak balas.

"Kami dalam cadangan menubuhkan 'team bekas pegawai TKM 1' yang akan membantu pimpinan parti menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar sekiranya Fairus ditukar," ujarnya. Seorang penganalisis politik berpendapat pemecatan Fairus tidak akan menganggu gugat kestabilan dan kekuatan parti.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”
Si budak Fairus kini dalam keadaan begitu tertekan bila seorang demi seorang pegawainya meletak jawatan. Sehingga kini enam orang telah meninggalkannya terkontang kanting.

“Saya terkejut semalam semasa saya jumpa YB, saya lihat muka dia betul-betul serabut,” jelas sumber kepada Alahai. Selain serabut dengan ura-ura jawatannya bakal bertukar tangan sedikit masa lagi, dia juga bengang dengan Alahai..Fairus yang terus memaparkan kebobrokannya yang selama ini tidak diketahui khalayak.

Khabarnya si budak Fairus sedang berusaha mendapatkan pakar IT untuk ‘hackAlahai…Fairus. Suatu ketika dulu dia mendabik dada katanya jika seorang pegawainya pergi seribu datang mengganti. Tapi kini, seribu dah pergi, seorangpun sukar diganti !

Kedua-dua pegawainya kini, Rezal Huzairi dan Farid Wajdi juga bertekad, biar segunung emas dihulur sekalipun, mereka tetap dengan keputusan muktamad-berhenti.

Terkini : Surat Fairus dalam Malaysiakini

Ganti jawatan TKM 1 P.Pinang segera
Adun BN desak Fairus letak jawatan
Adun saran Fairus ditukarkan

Anwar tegur TKM 1 P.Pinang
'Absent' DCM comes under from Anwar
Fairus nak saman Siasah

Isu TKM 1 P.Pinang
Fairus nafi letak jawatan TKM 1
Fairus, ingatlah bukan senang nak jadi pemimpin

" Ubah Sebelum Parah Ubah Demi Maruah"

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - ibadah 'qurban' vs. perjuangan PAS  

idrisahmad@ABOdaily-
PDF Print E-mail
Muqaddimah
Aidil Adha 1429 bersamaan 8 Disember 2008. Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walaupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37 : 107 “Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim a.s dan Nabi Ismail a.s. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail a.s. Untuk meneruskan korban, Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT, memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan beberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Jika sekiranya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahim a.s. maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat. Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim a.s. melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Realiti Perjuangan dan Pengorbanan Dalam PAS

Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.

Hendak memimpin ummat ke arah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara sam’iyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.

Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana PAS tidak dibantu oleh tauke arak dan judi, tetapi dibantu oleh tulang empat kerat ahlinya yang komited dengan fikrah perjuangan.

Sudah menjadi lumrah dalam perjungan PAS, terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di negara ini.

Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik, perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.

Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan PAS. Mereka menganggap perjuangan PAS anasir perosak negara kerana terpengaruh dengan media di hadapan mereka.

Realiti dalam PAS ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak ke depan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.

Realiti yang dihadapi oleh pejuang PAS masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan PAS supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.

Oleh kerana PAS sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin PAS untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.

Pengorbanan seorang ahli PAS ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan PAS kerana mera’i ahli PAS yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Bagaimana Untuk Menjadi Ahli PAS yang Berkorban untuk Islam·

Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang. Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan dihampari dengan permaidani merah.

  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
  • Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
  • Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
  • Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
  • Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.

Kesimpulan

Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh perjuangan PAS, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.

Penulis adalah AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT 2007-2009

Selamat Hari Raya

Di sini penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung Blog ABO daily & blog al-banjari Online, dan juga tidak lupa untuk rakan2 bloggersNetwork@Perak, serta blogger2 diseluruh Malaysia khususnya yg beragama islam. Semuga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya menjadi perangsang kepada langkah kehidupan kita seterusnya.

Penulis juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung tetap blog ini dan segala kekurangan dan kealpaan sepanjang mengendalikan blog ini, mohon maaf zahir dan batin.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Design by Amanda @ Blogger Buster