Fairus oh Fairus : antara 'Hang Fairus' dan 'Hang Soros'..siapa patut 'berambuss' !
Monday, December 8, 2008
albanjari@ABOdaily- |
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”(nobisha) - sebagai orang politik, Yang Berhormat Mohammad Fairus perlukan publisiti. Sebab itu orang politik kadang-kadang terpaksa bercakap macam orang bodoh untuk masuk dalam akhbar. Bodoh pun bodohlah, asalkan muka dapat masuk akhbar.
Saya juga nak tekankan “Yang Berhormat” kerana bukan semua orang mendapat gelaran tersebut. Ada orang yang bertahun-tahun dalam politik, sampai sekarang belum lagi jadi wakil rakyat. Tetapi Yang Berhormat Mohammad Fairus cukup beruntung. Sekali bertanding, terus menang. Selepas itu, terus menjadi Timbalan Ketua Menteri I. Dengar tu, “I”, bukan “II”. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ialah P Ramasamy.
Sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Yang Berhormat Mohammad Fairus mesti menjaga kredibiliti. Lantaran itulah Pembantu Khas merangkap Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I menulis surat kepada Malaysiakini agar membuat pembetulan kerana bimbang laporan yang tidak tepat “akan menjejaskan kredibiliti YB Fairus.”
Bagi menjaga kredibilitinya jugalah agaknya, Yang Berhormat Mohammad Fairus mengungut untuk menyaman akhbar Siasah kerana dikatakan mendakwa “beliau terlalu malas untuk turun padang.” Hah? Akhbar kata wakil rakyat tak turun padang pun nak kena saman?
Yang Berhormat Mohammad Fairus patut menyaman Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat teguran itu. Selepas itu barulah Siasah. Anwar mungkin mempunyai wang untuk membayar saman Yang Berhormat Mohammad Fairus. Saya tidak pasti adakah Siasah mempunyai wang untuk membayar tuntutan Yang Berhormat Mohammad Fairus.
Anwar buat teguran dengan baik. Siasah juga buat teguran dengan niat yang sama. Oleh itu, usah melenting tak tentu pasal. Jangan ingat dah jadi Timbalan Ketua Menteri I, kita dah banyak kuasa sampai orang nak tegur pun tak boleh. Yang Berhormat Mohammad Fairus, kalau cepat naik angin, eloklah jangan jadi orang politik!
Mohammad Fairus Khairuddin mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.“Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata. Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu.
Pertemuan di rumah wakil peribadi Presiden Keadilan Hajah Che Wa Harun, di Tanah Liat di sini, turut dihadiri Ketua Wanita Permatang Pauh, Khatijah Yahya. Menurut sumber pertemuaan bermula kira-kira 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam. Difahamkan pertemuan itu diadakan sebagai strategi Fairus untuk meraih sokongan akar umbi sekiranya dia dipecat berikutan desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meletak jawatan.
Selain mengungkit pengorbanannya kepada parti selama ini, Fairus turut melahirkan rasa kecewa dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya. Fairus jelas sumber itu turut mengula-gula wanita bahagian dengan beberapa janji manis untuk membantu mereka.
Menurut sumber Fairus juga mendakwa Angkatan Muda Negeri (AMK) bersedia pertahankannya sekiranya parti itu mengambil tindakan ke atasnya. Bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa AMK yang dihubungi menafikan perkara itu.
“AMK negeri dalam proses akhir untuk menghantar memorandum kepada TKM 1 berupa amaran keras agar beliau meningkatkan prestasi kerjanya. Kami memberi tempoh kepada beliau sehingga 31 Disember depan,” jelasnya.Tambah AJK berkenaan sekiranya Fairus tidak mengendahkan amaran keras itu, pihaknya akan menyusul dengan memorandum mendesaknya meletak jawatan. Salah seorang bekas pegawainya ketika diminta komennya berkata, sekiranya Fairus bertindak demikian para bekas pegawainya akan bertindak balas.
"Kami dalam cadangan menubuhkan 'team bekas pegawai TKM 1' yang akan membantu pimpinan parti menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar sekiranya Fairus ditukar," ujarnya. Seorang penganalisis politik berpendapat pemecatan Fairus tidak akan menganggu gugat kestabilan dan kekuatan parti.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”Si budak Fairus kini dalam keadaan begitu tertekan bila seorang demi seorang pegawainya meletak jawatan. Sehingga kini enam orang telah meninggalkannya terkontang kanting.
“Saya terkejut semalam semasa saya jumpa YB, saya lihat muka dia betul-betul serabut,” jelas sumber kepada Alahai. Selain serabut dengan ura-ura jawatannya bakal bertukar tangan sedikit masa lagi, dia juga bengang dengan Alahai..Fairus yang terus memaparkan kebobrokannya yang selama ini tidak diketahui khalayak.
Khabarnya si budak Fairus sedang berusaha mendapatkan pakar IT untuk ‘hack’ Alahai…Fairus. Suatu ketika dulu dia mendabik dada katanya jika seorang pegawainya pergi seribu datang mengganti. Tapi kini, seribu dah pergi, seorangpun sukar diganti !
Kedua-dua pegawainya kini, Rezal Huzairi dan Farid Wajdi juga bertekad, biar segunung emas dihulur sekalipun, mereka tetap dengan keputusan muktamad-berhenti.
Terkini : Surat Fairus dalam Malaysiakini
Ganti jawatan TKM 1 P.Pinang segera
Adun BN desak Fairus letak jawatan
Adun saran Fairus ditukarkan
Anwar tegur TKM 1 P.Pinang
'Absent' DCM comes under from Anwar
Fairus nak saman Siasah
Isu TKM 1 P.Pinang
Fairus nafi letak jawatan TKM 1
Fairus, ingatlah bukan senang nak jadi pemimpin
" Ubah Sebelum Parah Ubah Demi Maruah"
December 9, 2008 at 4:55 PM
Salam
Fairuz ni orang yang kurang matang dalam memahami percaturan politik, eloklah dia ni di nasihatkan oleh seseorang
December 10, 2008 at 11:49 PM
Salam,
Dia boleh ek la, pasal dia pegang kerusi Penanti tu. Nampak gayanya kena tunggu PRU-13 lah!.
Ka macamana ??
~ MPChokia
December 11, 2008 at 10:50 AM
salam MPchokia,
hanyar batahaga dgn amatjaman, babandang kamana basungkop, garing muriatan haja kah ?
albanjari
December 11, 2008 at 11:14 AM
albanjari,
Wa-alaikumsalam. Babandang wagasan haja..haha. Tagal kada kaya bahari awak magun anom lagi gancang! Saguni tureng kawa haja maangkat surangan dihambin ka bahu (guni kosong laa..!).
Ayuhak ikam taruskan perjuangan. Jangan ancap baputus asa. Allahu-akbar !
~ MPChokia