BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

ABodaily - 18SXG : siapa 'gundik' siapa ? (akhir)  

Sunday, November 30, 2008

ABOdaily@albanjari

..Berbeza dengan keadaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat (Kedah, Perak, S'gor dan Pulau Pinang, Kelantan tu dah jadi sangat 'eksklusif') , di mana haluan betul mendaulatkan 'kebajikan' untuk rakyat semakin terserlah. Malah usaha memurnikan lagi hasrat di 5 negeri yang dikuasai dengan orientasi yang berteraskan telus, adil dan terbuka semakin menonjol., malah agenda politik perkauman disingkirkan.

Bahagian 1 ( klik di sini )..

Sehinggakan pembangkang terutamanya dari Umno/BN dan para pemimpin mereka yang 'busuk hati' terus mencurigai dan mencemburui ketelusan yang dilakukan oleh kepimpinan negeri khususnya di Selangor dan Perak. Lihat sahaja yang berlaku ketika berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri Perak !

Umno/BN sebenarnya tidak ingin ada kelompok lain lebih baik daripada mereka dalam negara ini. Biar mereka sahaja yang cerdik dan pandai. Orang lain biarkan terus bodoh dan bahlul sampai mati.

Justeru, usaha meng'kambinghitam'kan lawan politik mereka diteruskan, sekalipun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi negara ini. Seluruh Sistem Negara Dibius Mati? Adakah anda bersetuju?

Lebih mudah dan amat mudah dengan kuasa majoriti Umno/BN dalam Parlimen Malaysia (sebab itulah bukan 1 hal yang mudah bagi Anwar untuk mengubah lanskap Dewan Rakyat, Umno/BN tidak akan membiarkan 'keris' kuasa mereka ditelanjangkan dengan 'diam' tuli, Tidakkk...!! tidak sama sekali, ini maruah. Sebab itulah sehingga kini 'Agenda 16Sept.' masih samar-samar, biarpun itulah kehendak rakyat untuk mengubah sistem yang ada kepada sistem kerajaan dibawah kepimpinan Pakatan yang kini sudah diterima dengan baik).

Setelah 51 tahun memerintah negara, dimana Umno/BN menerajui amanah sebagai pemerintah, sudah pasti tindakan-tindakan yang mengoncang keutuhan kuasa daripada luar, terutamanya daripada PAS, Keadilan dan DAP akan membuatkan mereka tidak cukup 'tidur' malam. Malam mereka jadi 'gelisah', mimpi mereka pula sering dikejutkan dan diganggu oleh hantu 'saka' yang satu masa lalu pernah menjadi sanjungan mereka, hatta bulu hidungnya pun jika buleh diambil mahu disimpan buat koleksi untuk tatapan anak cucu.

Kini mereka dikejar ketakutan yang teramat sangat. Mereka tidak boleh dengar suara kritikan rakyat yang menyanggah segala amalan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, ketidakadilan dan kemungkaran politik, ekonomi, pengurusan negara, sistem perundangan, dan sistem sosial yang rapuh yang berleluasa dalam kerajaan pimpinan Umno/BN. Andainya sanggahan itu dan kritikan pedas parti-parti pembangkang dan para pemimpin pembangkang boleh mereka tahan.

Tetapi bila rakyat mula bingkas memprotes ketidaktelusan Umno/BN dan para pemimpinnya yang rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa, mementing diri, mengkayakan diri, anak bini dan kroni. Umno/BN benar-benar gementar, gerun bercampur takut yang teramat takut. Itu belum lagi tekanan yang dilakukan oleh oleh 'bekas' Presiden mereka, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana kini hanya tinggal se'bekas' turut menghurung mereka dengan kritikan.

Habis seluruh rakyat, institusi, orang kampung, pelajar sekolah, universiti dicurigai. Tidak cukup dengan itu ada blogger-blogger yang diheret dan disenarai hitam sebagai golongan anti kerajaan. Padahal, kalau disoal satu persatu rakyat Malaysia yang dewasa dan celik politik TIDAK ADA YANG AKAN BERKATA atau MENJAWAB BAHAWA MEREKA ANTI KERAJAAN MALAYSIA.

Rakyat Malaysia yang terbuka minda dan cerdik, hanya akan berkata KAMI HANYA ANTI KEPADA Umno/BN DAN PARA PEMIMPINNYA yang rasuah, zalim, jahat, salahguna kuasa, gila kuasa, angkuh sombong dan menyeleweng.

Media Malaysia Sudah Mati Sebelum Ajal?
Seluruh media yang mengampu RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan sekutu-sekutunya dalam negara ini adalah media mati. Sekalipun mereka hidup bermaharajalela menyebarkan pelbagai maklumat dan ilmu. Tetapi keseluruhannya menghala ke arah kematian. Mereka hilang wibawa dan hilang profesionalisme sebagai media rakyat. Mereka lebih mengutamakan kemahuan dua tiga kerat manusia yang bergelar penguasa, korporat dan individu gila lagi tamak kuasa dan kekayaan. Mereka matikan akal budi rakyat. Mereka perbodohkan rakyat dengan berita-berita 'politik' yang bersifat fitnah dan propaganda.

Mereka sanggup menjadi penjilat-penjilat kepada penguasa yang gila kuasa dan tamak haloba. Kerana itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab sama-samalah kita berusaha menyedarkan mereka yang terpaku, terpukau dengan retorika bahasa pemanis memperbodoh memesongkan pemikiran rakyat dan usaha menjumud akliah rakyat agar mempercayai secara 'bodoh' segala berita-berita fitnah dan propaganda yang dimain-mainkan oleh media pengampu negara ini.

Dengan harapan supaya rakyat majmuk Malaysia dapat berubah dan berfikir lebih terbuka dalam dunia global sekarang. Umno/BN boleh memenjarakan seluruh jasad rakyat Malaysia dengan kekuatan dan kuasa yang mereka miliki, tetapi mereka selamanya tidak akan mampu untuk memenjarakan akal, hati budi dan pemikiran rakyat seluruhnya.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - lantai bergoyang,'reban' jangan runtuh !  

Friday, November 28, 2008

ABOdaily@manjungmari
..dari isi cerita SMS itu berkisar mengenai blogger AlHussein dengan beberapa geng blogger lain pergi berjumpa MB, aku jawab tak apalah, biarkan !!

Tapi bila aku masuk rumah Albanjari, dia pun duk sebut bab tu juga… masuk rumah cenangau pun macam tu juga, Apa pun yang aku musykilkan ialah cadangan penubuhan Kerajaan Maya Rakyat anjuran Perakexpress sudah beberapa lama tersiar dan menjemput semua blogger dan sewaktu aku masuk ke dewan SUK pada 22 Nov lalu aku ternampak kelibat Alhussein ada kat depan pentas dok ambil gambar… aku ingat dia nak joint sekali dengan blogger anjuran perakexpress.

Tetapi bila kita berkumpulan bermesyuarat dah tak nampak dah dia lagi, dan aku pun tak teringat pula nak tanya kat MSK, mungkin seronok ada ketaq pun ada juga takut kena lantik jadi Jawatankuasa Pemaya… he he .. last last lupa gitu sampai lah petang semalam Mat Comot SMS kat aku.. Bila aku dok baca dalam rumah cenangau kebanyakan blogger anjuran alhussien kesemua dari ahli PAS belaka!! Termasuk blogger Cina Islam ada sekali…Mungkinkah kerana MSK ini Bekas Setiausaha Keadilan, jadi geng-geng tu tak mahu joint.

Ini pendapat aku saja… harap-harap bukan macam tu… bagi aku biarlah kita berlainan fahaman parti politik, senang kita nak bertengkar, nak berhujah, nak tegur dan sebagainya, banyak buah fikiran yang berlainan boleh kita ambil pakai… yang penting tujuan kita sama nak menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.. Bagaimana kumpulan kita ini nak kuat , kalau macam ni punya cara,,, cuba kita lihat negera Afhganistan, bermacam-macam kumpulan ada, mujahiden, taliban dan ada banyak lagi yang masing-masing nak berkuasa last-last Rusia keluar Amerika pula yang masuk yang menerima padahnya rakyat jelata ! lagi disini..

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - kedaiku di pekan 'koboi' ?? (update)  

ABOdaily@albanjari

..terjahlah mana-mana pekan samada yang ada disepanjang laluan utama atau ke penghujungnya jalan mati rakyat khususnya di negeri Perak pasti akan bertemu pekan-pekan 'heritage' ini. Nama-nama pekan seperti Pekan Gunung Semanggol, Pekan Sungai Bayor, Alor Pongsu, Titi Serong, Bagan Tiang, Sauk, Pekan Trong dan banyak lagi pasti tidak asing dari ingatan.

Mengapa status pekan ni disebut 'heritage' ? Habis nak disebutkan apa lagi ? Pekan Sari ? langsung tidak sesuai. Biarpun disetengah pekan-pekan itu memang ada urusniaga menjual kain-kain sari.

Jika disebutkan pekan itu sebagai pekan 'koboi', juga tidak kena..kerana tidak ada seekor kuda pun yang dapat dilihat. Tetapi inilah realitinya, pekan-pekan yang pernah menjana ekonomi penduduk satu masa dahulu makin terbiar dan dilupakan, dan tersisih dari pembangunan walaupun negara telah mencapai 51 tahun kemerdekaan.

Adun silih berganti, Ahli Parlimen juga silih berganti, kadangkala berganti hanya dari satu 'barisan' sahaja sejak dahulu sampai sekarang. Tetapi impaknya dan kepekaan itu tidak mengubah apa-apa lanskap pekan-pekan 'heritage' ini sejak dulu lagi,langsung tidak meninggalkan kesan pembangunan yang sewajarnya melainkan projek yang dilihat berkepentingan kroni sahaja.

Banyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat. Tapi gambar ini buleh menceritakan sesuatu kepada minda rakyat.

Agenda pembangunan hanya mainan mulut pimpinan Umno/BN takkala mencari undi dalam kempen pilihan raya umum tetapi bila menang pekan yang sedia usang bertambah sepi dan makin usang. Dan ada setengah-setengahnya menjadi tumpuan krew 'seekers' untuk mencari hantu dan polong.

Kemana perginya Adun-Adun yang jika dahulunya bermanis muka, kerap ke kampung-kampung, bertegur sapa atau belanja makan 'roti canai' sekeping kepada penduduk akhirnya jarang kelihatan kelibat bila tiket kemenangan di perolehi ?

Sepatutnya, kedua-duanya berganding bahu mengemukakan pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Umno/BN ketika mereka memerintah 51 tahun lalu agar dapat memajukan 'pekan-pekan 'heritage' ini dengan menaik tarafkan menjadi Pekan berstruktur 'konkrit' dan bukan lagi bangunan kayu yang kian mereput dan usang ?

Lihatlah di Selama, Perak khususnya di Pekan Sg. Bayor banyak bangunan di pekan tersebut sudah menjadi benar-benar bertaraf 'heritage', speeti apa yang dinyatakan oleh Pengerui JKKK Kampung Sungai Garuk, Mohd Saleh Zainol Abidin, Umno/BN terbukti gagal memajukan pembaharuan di Pekan Sg. Bayor walaupun telah diberikan amanah memerintah 51 tahun, sepatutnya, pekan tersebut dimajukan seiring dengan kemenangan BN yang acapkali menjanjikan pembangunan dalam setiap kempen mereka bukan semakin mundur.

“Pekan Sg. Bayor jauh ketinggalan dari Pekan Selama dan apa yang harus rakyat fikirkan ialah di mana janji kepimpinan BN yang selama ini diberikan amanah, ” tegasnya. Bila pekan kekurangan aktiviti perniagaan, inilah jadinya ! sekarang orang ramai mengunjunginya hanya untuk berbual-bual di kedai kopi usang. Cukuplah contoh diambil di pekan itu, kerana jika dimasukkan lagi kisah pembangunan di Pekan Titi Serong, Sauk atau Gunung Semanggol..hmm..!

Sebenarnya masyarakat mahukan pembangunan biarpun kehendak itu tidak dapat dipenuhi oleh Umno/BN ketika memerintah selama 51 tahun, tetapi kehendak itu tidak ubah seperti 'mengharap padi berbuahkan emas', ia tetap tidak menjadi kenyataan.

Bagi penulis di ABOdaily, adalah diharapkan agar kerajaan Pakatan ini lebih prihatin kepada permasalahan rakyat terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ini kerana hanya 2 bidang ini yang dapat merubah lanskap masyarakat Perak terutamanya bangsa melayu yang sudah 51 tahun dijajah oleh Umno/BN.

Setiap permasalahan tentu ada jalan penyelesaiannya kecuali mati. Biarpun ada pendapat yang datang ke telinga penulis ABOdaily, dimana gambaran pekan-pekan 'heritage' ini jika diambil dari sudut minda Umno/BN tentulah mereka mengambarkan ini bukanlah kegagalan pemerintahan Umno/BN negeri Perak kerana jika pemerintahan sekarang pun belum tentu ia dapat diselesaikan disebabkan faktor-faktor seperti pemilikan tanah dan bangunan tersebut adalah bukan milik kerajaan dan segala urusan dan membangunkan dan membina semula kedai adalah diatas inisiatif pemilik bangunan tersebut.

Andai wujud halangan-halangan itu, mengapa tidak diusahakan sebarang 'pinjaman' kepada pemilik-pemilik tanah dan bangunan itu untuk menaiktaraf. Sukar sangatkah untuk mewujudkan 'dana' khusus' diperingkat negeri atau juga diperingkat 'persekutuan' bagi tujuan menaiktaraf pekan-pekan 'melayu' yang makin layu ini ?

Bila sudah ada 'dana' kerajaan, berikan mereka 'pinjaman', naiktarafkan bangunan sedia ada, jana pembangunan ekonomi agar melayu kembali menjadi 'tuan', ini kerana 80% pemilikan bangunan 'heritage' itu dimiliki oleh melayu, tapi janganlah dicampakkan untuk kekayaan kroni politik, itu tidak bagus untuk undi jika terbongkar, baru itu yang dikatakan bahwa kerajaan benar-benar tolong rakyat. Dan bukan sekadar 'retorik' politik, dengan mewujudkan ratusan alasan dan masalah, dan Adun-Adun pun terus lena.

*p/s : pekan 'heritage' + pekan 'koboi' = melayu ? ohhh..kerajaan !

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - inikah 'MB' Perak ??  

Thursday, November 27, 2008

ABOdaily@albanjari

..tabik spring 10 kali untuk Dato' Seri MB Perak, kenapa ? Hmm..boleh bayangkan seorang MB meeting ber'meja'kan meja plastik..Dato' Seri ! Ni Konvensyen Teh Tarik 2 kaa...? hehehe..penulis ABOdaily begitu tertarik dengan salah satu gambar dari blog ini..kalau tak percaya, hangpa pi tengok sendiri di blog nih....

(..) kalau kome tgk la gambo nih dan kome lak salah sorang rakan2 yang duk minum tu,aper la yang kome rasa... minum kat kedai kopi, meja plastik, kerusi plastik tapi duk semeja dgn menteri beso... teman akan cakap, MB nih patut teman sanjung...So aper lagi yang kome nak??? Tabik Spring la dato ! Perak perlukan MB mcm ini untuk 3 penggal lagi..buleh kot !!

sumber asal : Dugong Darat

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - Yoga bukan 'paria', tapi ini 'paria' sibuk hal 'fatwa' !  

Wednesday, November 26, 2008


ABOdaily@albanjari
SIS, for your information, pasai bossnyer tak buleh nak cakap melayu, kena la pakai inglis, Yoga is HARAM if its with chantings prayers according to Hindu rituals. The exercise is not HARAM. Wine is HARAM.Pork Meat is HARAM.Unslaughtered MEAT is HARAM. Interests are HARAM....lists goes on.

But wait a minute, are you a muslim ? NO??? Then what's your problem ? This is not your religion! But if you are muslim then you have a problem. You dont even know your own religion !

now you can see apa plak 'manjung mari' tulis,
..memangla aku tak berani nak tulis waktu tu, nak cari pasai!!! Bilik rehat kat Batu 4 Kemunting tu banyak lagi yang kosong tak berpenghuni, RPK dah keluar aku pulak yang kena sumbat masuk ganti, tapi sejak dua tiga hari ni bila Majlis Fatwa buat keputusan Haram mengenai senaman yoga yang ada persamaan dengan jampi serapah bacaan hindu, ada ketua agama negeri yang menitahkan sebelum fatwa tu dikuatkuasakan, makanya majlis agama negeri hendak membawanya kepada beliau dahulu sebelum dilaksanakan, baguih pulak ketua agama macam itu.

Sekurang-kurangnya ada sifat ketua agama yang bertanggungjawab dan semua rakyat bangsa yang menetap di negerinya tak akan berani membantah, mungkin ketua agama tadi melihat dari senario pengharaman pengkid kot yang mana telah menimbulkan kesan penentangan dari betina-betina yang berkerununan cina, melayu, india dibantu dengan ngo-ngo membuat tunjuk perasaan tidak puas hati sehinggakan Ketua Polis Negara telah memberi amaran akan mengambil tindakan.

Cuma aku lihat yang mengambil kesempatan mengenai fatwa yoga ni sorang lagi malaun paria yang kalah bertanding PRU12 Parlimen Sungai Siput, mungkin agak aku dia nak cari pengaruh untuk pertandingan partinya tak lama lagi…dia pun nak sibuk hal agama Islam pasai apa?

Majlis Fatwa mengharamkan kepada umat islam, yang 'paria' sekoq ni kalut dok sibuk jugak nak buat kenyataan, apa hal ?

Apa yang aku terfikir sekarang ni apakah bila ada sesuatu isu yang agak sensitif, puak-puak yang ada dalan BN masing-masing cuba nak mencari atau menambah balik kekusutan supaya masing-masing kononnya berjaya membuat sesuatu terhadap penyokong mereka, kononnya masing-masing nak jadi juara !

Berita hari ini MB Perak, IR Nizar pun akan mengambil langkah sama, iaitu hasil Majlis Fatwa akan di bawa ke Majlis Agama Islam Perak untuk diteliti dan dihantar ke paduka Sultan dahulu sebelum dikuatkuasakan, bagi aku ini adalah satu langkah yang baik..selanjutnya

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - Benarkah TKM 1 Pulau Pinang 'berbohong' ?  

Tuesday, November 25, 2008

Kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sepandai-pandai menipu, akhirnya orang tahu juga. Inilah yang berlaku kepada si budak Fairus pada sidang DUN Pulau Pinang pagi tadi (19 Nov), apabila YB Farid Saad (BN Pulau Betong) menggesa TKM 1 si budak Fairus meletakkan jawatan kerana gagal tunaikan tugas, antara lain kerana menipu.

Farid turut menyenaraikan salahlaku buruk si budak Fairus, sepanjang lapan bulan menjadi TKM 1, termasuk menipu dewan ketika menjawab soalan lisan pada sidang Dun lepas. Si budak Fairus hanya tersengih macam kerang busuk ketika itu.

Rakaman sidang tu boleh ditonton di http://www.vttv.tv/dunpenang/vod.html#

Selain mengungkitkan tentang si budak Fairus tidak hadir majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri 31 Ogos lalu, dan teguran Anwar Ibrahim kepada si budak Fairus kerana jarang turun padang, Farid turut mendedahkan penipuan si budak Fairus pada sidang dewan lalu. Farid membuktikan dengan menyenaraikan bilangan hari mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di bawah fortfolio si budak Fairus dan beberapa Exco lain.

Menurut Farid, MMK Tanah di bawah fortfolio Ketua Menteri Lim Guan Eng telah bermesyuarat sebanyak 27 kali dengan memperkenalkan 5 dasar yang dianggapnya sebagai cemerlang. Cuba kita bandingkan MMK di bawah si budak Fairus dengan prestasi Lim Guan Eng seperti didedahkan pada sidang DUN Pulau Pinang.

1. MMK Agama : 3 kali bermesyurat semuanya dalam bulan Julai lalu, pada minggu pertama, kedua dan ketiga, tiada dasar baru diperkenalkan. 2. MMK Pembangunan dan Koperasi : 4 kali bermesyuarat sekali pada Mei dan 23 Okt,7 Nov dan 11 Nov, juga tiada dasar baru diperkenalkan. “Mesyuarat ini saya rasa dibuat selepas saya tanya soalan ini ( sidang Julai ).

Pada sidang pertama dulu saya tanya, dia ( Fairus ) jawab tiga kali mesyuarat- dia TIPU saya, sebenarnya baru sekali mesyuarat,” tegas Farid. Farid turut mencadangkan jawatan exco Agama yang disandang oleh si budak Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri ini. "Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai exco agama, beliau ( si budak Fairus) tidak diberi kepercayaan.

Demi menjaga maruah orang Melayu dan Islam, tegasnya lagi si budak Fairus perlu letak jawatan kerana dia tidak layak memegang jawatan tersebut. "Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi timbalan ketua menteri.

Berikan sahaja jawatan itu kepada Adun Batu Maung yang begitu aktif," katanya. Farid berkata penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana si budak Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

Fairus cabut lagiiiiii ... memalukan PR Pada sidang semalam pun , si budak Fairus TKM 1 kuda kayu ini memalukan lagi Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, khususnya Melayu @ Islam. Ketika YB Shahbudin Yahya (BN Permatang Berangan) berbahas tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR), yang sepatutnya dijawab oleh Exco Agama iaitu si budak Fairus, tetapi yang bangun jawab secara spontan ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Minggu lepas (hari pertama sidang DUN 13 Nov) selepas cabut lari keluar dewan dengan alasan biasanya-sakit perut ( siri 3 ) bagi mengelak menjawab soalan bertulis, meskipun pun jawapan bertulisnya dah tersedia di atas mejanya, si budak Fairus buat hal lagi hari semalam (18 Nov) ….dia cabut lagi ! Turut hadir ikuti sidang DUN semalam ialah Setiausaha keADILan Pulau Pinang Mustaffa Kamal Yusof dan bendahari keADILan Permatang Pauh Sim Bak Seong.

Dalam perbahasan bajet 2009, wakil pembangkang Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) menyentuh soal perletakan jawatan si Fairus sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang pada bulan lepas. ( Nanti kami dedahkan sebab sebenar dia letak jawatan ). Secara sinis wakil Umno itu mencari di mana si budak Fairus bekas Presiden FAP. Ada suara menyampuk ‘dia player.’Saya ambik dari:http://www.marhaendaily.net

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - Anggota Unit 'AMAL' perlukan bantuan anda !!  

ABO @ albanjari

Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia DPPP, Saripuddin Mohd Yatim @ Champ antara yang ditahan dalam himpunan tersebut.

24 Nov 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar) hari ini menyeru kepada semua pendokong gerakan Islam, ahli-ahli dari Pakatan Rakyat serta para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung dana 'Perihatin Amal Malaysia' bagi membantu beberapa anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan dalam program ceramah sempena kempen himpunan anti ISA di Pandan Indah kelmarin.

Seruan yang dibuat melalui Setiausahanya, memohon orang ramai dapat membantu anggota Unit Amal yang ditahan itu agar dapat membuat persediaan sekiranya mereka dikenakan jaminan wang ketika menghadiri perbicaraan pada 8 & 9 Disember ini.

Selain daripada membantu meringankan bebanan anggota Unit Amal yang ditahan, tabung ini juga akan digunakan untuk membantu anggota Unit Amal yang ditimpa musibah, kesempitan hidup, menyambung pelajaran dan lain-lain lagi khusus untuk kebajikan anggota-anggota Unit Amal seluruh Malaysia.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, satu program khas akan dirancang bagi melancarkan tabung dana ini dengan lebih meluas yang mana ianya akan dilancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.

Bagi peringkat permulaan, semua Jabatan Amal negeri telah diarahkan untuk memohon sumbangan seminima RM 5.00 sebulan daripada anggota-anggota Unit Amal negeri masing-masing yang berkemampuan untuk mengisi tabung dana ini.


Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, sila masukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia DPPP seperti yang tertera di sebelah. Setiap sumbangan tuan diharap dapat dimaklumkan melalui sms kepada :

1) Ustaz Jamsari Marsom : 013-4298130
2) Mohd Hafiz Musa : 019-9817327
3) Mohd Shahraini Abu Sahid : 017-8812996
lawati : http://jabamal.blogspot.com

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - Kerajaan 'Along' ??  

ABO@al-banjari

"Kerajaan semacam Along!" Kata Mahfuz Omar apabila mengulas harga minyak yang dijual RM2 sedangkan harga sepatutnya RM1.62.

RM1.62 adalah harga tanpa subsidi Kerajaan. Sekiranya kerajaan memberikan subsidi RM0.30 seliter sebagaimana dijanjikan sebelum ini harga minyak berada pada RM1.32 sahaja. RM0.30 adalah subsidi yang disebut dan diulang oleh Pak Lah, Najib dan Shahrir Samad.

RM0.30 itu juga sebelum ini selalu diulang dan diingatkan kepada rakyat betapa baiknya kerajaan sehingga sanggup memberi subsidi kepada rakyat. RM0.30 selalu disebut supaya setiap kali rakyat mengisi minyak, rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan atas RM0.30 yang disubsidikan itu.

Apa sudah jadi dengan RM0.30 yang dijanjikan itu? Agaknya ke mana duit subsidi itu dilarikan?

Teringat pula ketika Pak Lah menaikkan minyak suatu ketika dahulu. Kata Pak Lah nak kurangkan subsidi kerana mahu meningkatkan pengangkutan awam. Sehingga hari ini tidak nampak suatu perubahan ketara pada pengangkutan awam.

Aku kira kerajaan BN sepatutnya menggunakan peluang harga minyak turun ini untuk meringankan beban rakyat. Turunkan harga minyak ke paras sepatutnya. Rakyat bawahan akan terasa nikmat itu. Apatah lagi kini adalah musim cuti sekolah. Tentu Cuti-Cuti Malaysia akan lebih meriah.

Wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


ABOdaily - under constructions  

Bukan sekadar Khir Toyo sahaja yg buleh memegang penyapu, tetapi Dr. MSK lebih dari itu dengan turut menggunakan 'penyapu' yang dgunakan untuk membersihkan jalan-jalan diseluruh negeri dari produk 'penyapu lidi' yg turut diusahakan oleh pemaya-pemaya dari kg. Bagan Tiang, Parit Gabis, dan Kuala Gula yang mana kawasan itu terkenal dgn tanaman kelapa.

Dibawah pentadbiran kerajaan Mayanya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan J-Pemaya, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang mengariskan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah.

Oleh itu adalah menjadi satu kesalahan besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan keatas keatas jawatan yang dipegangnya itu.

AddThis Social Bookmark Button
Links to this post


Design by Amanda @ Blogger Buster