BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

ABOdaily - kedaiku di pekan 'koboi' ?? (update)  

Friday, November 28, 2008

ABOdaily@albanjari

..terjahlah mana-mana pekan samada yang ada disepanjang laluan utama atau ke penghujungnya jalan mati rakyat khususnya di negeri Perak pasti akan bertemu pekan-pekan 'heritage' ini. Nama-nama pekan seperti Pekan Gunung Semanggol, Pekan Sungai Bayor, Alor Pongsu, Titi Serong, Bagan Tiang, Sauk, Pekan Trong dan banyak lagi pasti tidak asing dari ingatan.

Mengapa status pekan ni disebut 'heritage' ? Habis nak disebutkan apa lagi ? Pekan Sari ? langsung tidak sesuai. Biarpun disetengah pekan-pekan itu memang ada urusniaga menjual kain-kain sari.

Jika disebutkan pekan itu sebagai pekan 'koboi', juga tidak kena..kerana tidak ada seekor kuda pun yang dapat dilihat. Tetapi inilah realitinya, pekan-pekan yang pernah menjana ekonomi penduduk satu masa dahulu makin terbiar dan dilupakan, dan tersisih dari pembangunan walaupun negara telah mencapai 51 tahun kemerdekaan.

Adun silih berganti, Ahli Parlimen juga silih berganti, kadangkala berganti hanya dari satu 'barisan' sahaja sejak dahulu sampai sekarang. Tetapi impaknya dan kepekaan itu tidak mengubah apa-apa lanskap pekan-pekan 'heritage' ini sejak dulu lagi,langsung tidak meninggalkan kesan pembangunan yang sewajarnya melainkan projek yang dilihat berkepentingan kroni sahaja.

Banyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat. Tapi gambar ini buleh menceritakan sesuatu kepada minda rakyat.

Agenda pembangunan hanya mainan mulut pimpinan Umno/BN takkala mencari undi dalam kempen pilihan raya umum tetapi bila menang pekan yang sedia usang bertambah sepi dan makin usang. Dan ada setengah-setengahnya menjadi tumpuan krew 'seekers' untuk mencari hantu dan polong.

Kemana perginya Adun-Adun yang jika dahulunya bermanis muka, kerap ke kampung-kampung, bertegur sapa atau belanja makan 'roti canai' sekeping kepada penduduk akhirnya jarang kelihatan kelibat bila tiket kemenangan di perolehi ?

Sepatutnya, kedua-duanya berganding bahu mengemukakan pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Umno/BN ketika mereka memerintah 51 tahun lalu agar dapat memajukan 'pekan-pekan 'heritage' ini dengan menaik tarafkan menjadi Pekan berstruktur 'konkrit' dan bukan lagi bangunan kayu yang kian mereput dan usang ?

Lihatlah di Selama, Perak khususnya di Pekan Sg. Bayor banyak bangunan di pekan tersebut sudah menjadi benar-benar bertaraf 'heritage', speeti apa yang dinyatakan oleh Pengerui JKKK Kampung Sungai Garuk, Mohd Saleh Zainol Abidin, Umno/BN terbukti gagal memajukan pembaharuan di Pekan Sg. Bayor walaupun telah diberikan amanah memerintah 51 tahun, sepatutnya, pekan tersebut dimajukan seiring dengan kemenangan BN yang acapkali menjanjikan pembangunan dalam setiap kempen mereka bukan semakin mundur.

“Pekan Sg. Bayor jauh ketinggalan dari Pekan Selama dan apa yang harus rakyat fikirkan ialah di mana janji kepimpinan BN yang selama ini diberikan amanah, ” tegasnya. Bila pekan kekurangan aktiviti perniagaan, inilah jadinya ! sekarang orang ramai mengunjunginya hanya untuk berbual-bual di kedai kopi usang. Cukuplah contoh diambil di pekan itu, kerana jika dimasukkan lagi kisah pembangunan di Pekan Titi Serong, Sauk atau Gunung Semanggol..hmm..!

Sebenarnya masyarakat mahukan pembangunan biarpun kehendak itu tidak dapat dipenuhi oleh Umno/BN ketika memerintah selama 51 tahun, tetapi kehendak itu tidak ubah seperti 'mengharap padi berbuahkan emas', ia tetap tidak menjadi kenyataan.

Bagi penulis di ABOdaily, adalah diharapkan agar kerajaan Pakatan ini lebih prihatin kepada permasalahan rakyat terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ini kerana hanya 2 bidang ini yang dapat merubah lanskap masyarakat Perak terutamanya bangsa melayu yang sudah 51 tahun dijajah oleh Umno/BN.

Setiap permasalahan tentu ada jalan penyelesaiannya kecuali mati. Biarpun ada pendapat yang datang ke telinga penulis ABOdaily, dimana gambaran pekan-pekan 'heritage' ini jika diambil dari sudut minda Umno/BN tentulah mereka mengambarkan ini bukanlah kegagalan pemerintahan Umno/BN negeri Perak kerana jika pemerintahan sekarang pun belum tentu ia dapat diselesaikan disebabkan faktor-faktor seperti pemilikan tanah dan bangunan tersebut adalah bukan milik kerajaan dan segala urusan dan membangunkan dan membina semula kedai adalah diatas inisiatif pemilik bangunan tersebut.

Andai wujud halangan-halangan itu, mengapa tidak diusahakan sebarang 'pinjaman' kepada pemilik-pemilik tanah dan bangunan itu untuk menaiktaraf. Sukar sangatkah untuk mewujudkan 'dana' khusus' diperingkat negeri atau juga diperingkat 'persekutuan' bagi tujuan menaiktaraf pekan-pekan 'melayu' yang makin layu ini ?

Bila sudah ada 'dana' kerajaan, berikan mereka 'pinjaman', naiktarafkan bangunan sedia ada, jana pembangunan ekonomi agar melayu kembali menjadi 'tuan', ini kerana 80% pemilikan bangunan 'heritage' itu dimiliki oleh melayu, tapi janganlah dicampakkan untuk kekayaan kroni politik, itu tidak bagus untuk undi jika terbongkar, baru itu yang dikatakan bahwa kerajaan benar-benar tolong rakyat. Dan bukan sekadar 'retorik' politik, dengan mewujudkan ratusan alasan dan masalah, dan Adun-Adun pun terus lena.

*p/s : pekan 'heritage' + pekan 'koboi' = melayu ? ohhh..kerajaan !

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster