ABodaily - 18SXG : siapa 'gundik' siapa ? (akhir)
Sunday, November 30, 2008
ABOdaily@albanjari
..Berbeza dengan keadaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat (Kedah, Perak, S'gor dan Pulau Pinang, Kelantan tu dah jadi sangat 'eksklusif') , di mana haluan betul mendaulatkan 'kebajikan' untuk rakyat semakin terserlah. Malah usaha memurnikan lagi hasrat di 5 negeri yang dikuasai dengan orientasi yang berteraskan telus, adil dan terbuka semakin menonjol., malah agenda politik perkauman disingkirkan.
Bahagian 1 ( klik di sini )..
Sehinggakan pembangkang terutamanya dari Umno/BN dan para pemimpin mereka yang 'busuk hati' terus mencurigai dan mencemburui ketelusan yang dilakukan oleh kepimpinan negeri khususnya di Selangor dan Perak. Lihat sahaja yang berlaku ketika berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri Perak !
Umno/BN sebenarnya tidak ingin ada kelompok lain lebih baik daripada mereka dalam negara ini. Biar mereka sahaja yang cerdik dan pandai. Orang lain biarkan terus bodoh dan bahlul sampai mati.
Justeru, usaha meng'kambinghitam'kan lawan politik mereka diteruskan, sekalipun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi negara ini. Seluruh Sistem Negara Dibius Mati? Adakah anda bersetuju?
Lebih mudah dan amat mudah dengan kuasa majoriti Umno/BN dalam Parlimen Malaysia (sebab itulah bukan 1 hal yang mudah bagi Anwar untuk mengubah lanskap Dewan Rakyat, Umno/BN tidak akan membiarkan 'keris' kuasa mereka ditelanjangkan dengan 'diam' tuli, Tidakkk...!! tidak sama sekali, ini maruah. Sebab itulah sehingga kini 'Agenda 16Sept.' masih samar-samar, biarpun itulah kehendak rakyat untuk mengubah sistem yang ada kepada sistem kerajaan dibawah kepimpinan Pakatan yang kini sudah diterima dengan baik).
Setelah 51 tahun memerintah negara, dimana Umno/BN menerajui amanah sebagai pemerintah, sudah pasti tindakan-tindakan yang mengoncang keutuhan kuasa daripada luar, terutamanya daripada PAS, Keadilan dan DAP akan membuatkan mereka tidak cukup 'tidur' malam. Malam mereka jadi 'gelisah', mimpi mereka pula sering dikejutkan dan diganggu oleh hantu 'saka' yang satu masa lalu pernah menjadi sanjungan mereka, hatta bulu hidungnya pun jika buleh diambil mahu disimpan buat koleksi untuk tatapan anak cucu.
Kini mereka dikejar ketakutan yang teramat sangat. Mereka tidak boleh dengar suara kritikan rakyat yang menyanggah segala amalan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, ketidakadilan dan kemungkaran politik, ekonomi, pengurusan negara, sistem perundangan, dan sistem sosial yang rapuh yang berleluasa dalam kerajaan pimpinan Umno/BN. Andainya sanggahan itu dan kritikan pedas parti-parti pembangkang dan para pemimpin pembangkang boleh mereka tahan.
Tetapi bila rakyat mula bingkas memprotes ketidaktelusan Umno/BN dan para pemimpinnya yang rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa, mementing diri, mengkayakan diri, anak bini dan kroni. Umno/BN benar-benar gementar, gerun bercampur takut yang teramat takut. Itu belum lagi tekanan yang dilakukan oleh oleh 'bekas' Presiden mereka, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana kini hanya tinggal se'bekas' turut menghurung mereka dengan kritikan.
Habis seluruh rakyat, institusi, orang kampung, pelajar sekolah, universiti dicurigai. Tidak cukup dengan itu ada blogger-blogger yang diheret dan disenarai hitam sebagai golongan anti kerajaan. Padahal, kalau disoal satu persatu rakyat Malaysia yang dewasa dan celik politik TIDAK ADA YANG AKAN BERKATA atau MENJAWAB BAHAWA MEREKA ANTI KERAJAAN MALAYSIA.
Rakyat Malaysia yang terbuka minda dan cerdik, hanya akan berkata KAMI HANYA ANTI KEPADA Umno/BN DAN PARA PEMIMPINNYA yang rasuah, zalim, jahat, salahguna kuasa, gila kuasa, angkuh sombong dan menyeleweng.
Media Malaysia Sudah Mati Sebelum Ajal?
Seluruh media yang mengampu RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan sekutu-sekutunya dalam negara ini adalah media mati. Sekalipun mereka hidup bermaharajalela menyebarkan pelbagai maklumat dan ilmu. Tetapi keseluruhannya menghala ke arah kematian. Mereka hilang wibawa dan hilang profesionalisme sebagai media rakyat. Mereka lebih mengutamakan kemahuan dua tiga kerat manusia yang bergelar penguasa, korporat dan individu gila lagi tamak kuasa dan kekayaan. Mereka matikan akal budi rakyat. Mereka perbodohkan rakyat dengan berita-berita 'politik' yang bersifat fitnah dan propaganda.
Mereka sanggup menjadi penjilat-penjilat kepada penguasa yang gila kuasa dan tamak haloba. Kerana itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab sama-samalah kita berusaha menyedarkan mereka yang terpaku, terpukau dengan retorika bahasa pemanis memperbodoh memesongkan pemikiran rakyat dan usaha menjumud akliah rakyat agar mempercayai secara 'bodoh' segala berita-berita fitnah dan propaganda yang dimain-mainkan oleh media pengampu negara ini.
Dengan harapan supaya rakyat majmuk Malaysia dapat berubah dan berfikir lebih terbuka dalam dunia global sekarang. Umno/BN boleh memenjarakan seluruh jasad rakyat Malaysia dengan kekuatan dan kuasa yang mereka miliki, tetapi mereka selamanya tidak akan mampu untuk memenjarakan akal, hati budi dan pemikiran rakyat seluruhnya.

November 29, 2008 at 10:59 PM
Kehadapan ABO yang diingati selalu,
dimaklumkan bahawa blog ini telah dimasukkan ke Beras Padu.
Sudikan membuat pautan ke:
http://beras-padu.pit.my
dan http://hasbullah.pit.my