Sementara ada 'kuasa'...belasah orang !!
Friday, December 26, 2008
ude kenang@ABOdaily- |
Teman surau teman, Ustaz Mat dan kawan-kawanya pernah ditegur kerana memakai kopiah dan berjanggut. Tak masuk oksigenlah, hotak sempitlah dan macam-macam lagi. Ustazah yang memakai jubah dikatakan menyapu tahi ayam. Ustaz-ustaz tidak dibenarkan memakai kopiah, cuma dibenarkan memakai songkok. Dia suka guru-guru wanita berkebaya, elegen dan berketerampilan moden. Setiap kali taklimat dan mesyuarat beliau akan mengenakan "guru-guru atau ustaz-ustaz" yang islamik ini.
Blacklist dan senarai ahli-ahli pembangkang amat terkenal di sebuah PPD di Perak. Pegawai-pegawai ini akan dinafikan kenaikan pangkat, anugerah perkhidmatan cemerlang dan markah prestasi. Sahabat teman yang telah lama berkhidmat tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pehak PPD. Menurutnya setiap tahun sekolahnya akan menghantar namanya untuk anugerah tetapi PPD akan menolaknya kerana namanya termasuk dalam "Blacklist".
Teman nak tanya pegawai PPD. Adakah mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik? Adakah mereka ini ponteng kerja? Adakah mereka mengantuk di dalam kelas kerana pergi Ceramah PAS malam sebelumnya? Setahu teman, sahabat teman tu seorang yang sangat rajin. Murid-murid sayang padanya. Beliau menjadi salah seorang Pengubal Soalan SPM dan STP, peringkat kebangsaan. Setakat menjadi Ketua Pemeriksa SPM tu, dah berpuluh tahun. Yang sedihnya mereka ditukarkan ke sekolah yang jauh, 80km dari rumah. Anak-nak murid di sekolah lama, tak payah ada cikgu. Biar mereka bodoh asalkan nafsu manusia UMNO ini terlepas. Pegawai PPD tahu apa? Setakat ke hulu ke hilir, buat claim, marah sana, marah sini, tegur sana, tegur sini, tak payahlah jadi Penjawat Awam. Merosakan BANGSA saja.
Sahabat teman bercerita lagi. Ada seorang Pegawai PPD yang suka mencarut, cakap kotor dan memaki hamun cikgu. Dia yang suka menunjukan KUASAnya itu pernah dikatakan berkhalwat dengan guru perempuan pada lewat malam semasa berkursus. Semua orang tahu, Pegawai PPD pun tahu tetapi buat-buat tak tahu.
Bila UMNO buat persidangan je, banyaklah kuncu-kuncu yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengambil cuti atau buat-buat cuti. Pengetua-pengetua dan pegawai di PPD bukan tak tahu. Macam biasa mereka buat-buat tak nampak. Mengikut sahabat teman bila PAS buat Muktamar atau ada ceramah tak ada pulak ahli-ahli PAS yang tegar ini cuti ke, tidur dalam kelas ke, atau mengabaikan tugas mereka. Kita tahu sahabat-sahabat bagi tahu cikgu-cikgu dan kakitangan-kakitangan UMNO tegar ini boleh keluar sekolah "waktu sekolah" untuk mensyuarat UMNO le, taklimat ke dan macam-macam lagi. Kalau cikgu PAS dan rajin ini, nak bawa anak ke klinik pun payah.
Ingatlah pengetua-pengetua, pegawai-pegawai PPD, anda bukan kerja sampai mati. Lambat laun akan pencen juga. Tidak ingatkah apa yang berlaku pada seorang bekas pegawai PPD yang sangat sombong dan bongkak. Apabila dia pencen orang langgar bahu pun buat tak kenal. Bila makan di kedai kopi tidak ada siapa pun yang sudi duduk semeja. Kawan teman bagitahu, ada beberapa orang guru sedang minum pagi dan datanglah bekas pegawai PPD yang angkuh ini dan ingin duduk bersama mereka. Dengan selamba sahaja guru-guru ini mengangkat pinggan dan pindah ke meja lain...(selanjutnya [LINK]
0 comments: to “ Sementara ada 'kuasa'...belasah orang !! ”
Post a Comment