Alahai Fairus (2) - Bila si'fairus' pula yang ber'bogel' ?
Thursday, December 18, 2008
ABOdaily- |
Akhirnya Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin mem'bogel'kan rahsianya yang kerap kali keluar dewan semasa sidang DUN P.Pinang berlangsung.
“Memang betul saya selalu keluar (sidang dewan), tapi itu adalah strategi saya untuk mengetahui siapa mereka yang suka mengata ( memburukkan ) saya bila saya tidak ada dalam dewan, selepas itu pada sidang DUN akan datang, saya akan hentam mereka sampai TKO,” ujarnya. Perkara itu didedahkannya semasa menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Dewan JKKK Bukit Tambun, baru-baru ini.
Tindakan Fairus yang kerap menghilangkan diri semasa sesi perbahasan sidang DUN menjadi bualan orang ramai. Pada sesi sidang lalu, dia menghilangkan diri dengan alasan ‘sakit perut’ sebaik tiba gilirannya untuk menjawab soalan bertulis. Ekoran itu Ketua Menteri Lim Guan Eng terpaksa mengarahkan exco lain untuk menjawabnya. Sidang itu disiarkan secara langsung melalui internet.
Sidang DUN lalu juga menyaksikan Adun BN Pulau Betong Mohamad Farid Saad menggesa Fairus meletakkan jawatan kerana gagal melaksana tugas selain menipu dewan dalam jawapan lisan pada sidang Dun sebelum itu.
Sidang yang berlangsung dari 13 November sehingga 20 November lalu turut memperlihatkan TKM 1 itu langsung tidak menyertai perbahasan, biarpun pembangkang melontar pelbagai isu yang membabitkannya. Pada sesi penggulungan, Fairus juga langsung tidak menyentuh dan merungkai pelbagai soalan yang dibangkitkan pembangkang.

December 18, 2008 at 9:49 AM
Salam, ABO
Lain kali kalau dia dok komplen sakit perut lagi, kita ramai-ramai pi hantaq ubat Pil Chi Kit Teck Aun ke pejabat dia http://www.magnifix.com/other/jokes/joke124.html
~ MPChokia
December 18, 2008 at 10:29 AM
kah..kah...kah! aku ingat nak gantung jamban ajer kat tengkuk dia kalau dok asyik sakit perut memanjang !