BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Pertembungan antara 'mujahid' vs. si'pitung' ! Siapa bakal tersungkur ?  

Thursday, December 4, 2008

ABO-
PDF Print E-mail
Tajuk Debat : Melayu - Ke mana Hala Tuju ? Dimana ? Klik di sini.. inilah tajuk yang dipilih dan dipersetujui oleh pendebat untuk debat Umno-Pas pada 6hb. Disember nanti. Walaubagaimanapun telahan awal bahawa -

“Konsep ketuanan Melayu sepatutnya tidak perlu dibincang secara terbuka. Ketuanan Melayu bukan bermakna Melayu itu tuan dan kaum lain adalah hamba. Ketuanan Melayu bukan bermaksud Umno mesti memerintah. Ketuanan Melayu adalah institusi Raja-Raja Melayu yang telah wujud sejak sebelum merdeka…kalau sesiapa tidak setuju dengan institusi Raja-Raja ia adalah satu penderhakaan tetapi Umno akan tetap mempertahankannya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Jika raja-raja Melayu adalah tuan, adakah rakyat dianggap hamba? Hey! Saya bukan hamba sesiapa melainkan Allah s.w.t. yang dikasihi. Period.

Mengulas ketuanan Melayu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno membunuh diri apabila bergantung harap dengan ketuanan Melayu yang sebenarnya tidak wujud.

“Kepada kita (umat Islam), cukuplah Allah sebagai Tuhan kita. Umno nak bergantung dengan ketuanan Melayu yang tak pernah wujud itu, silakan bunuh diri,” tegas beliau lagi...

PAS melihat bahawa perjuangan Umno telah gagal untuk menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa, malah ‘Ketuanan Melayu’ yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu membela nasib bangsa Melayu sendiri. Umum mengetahui pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, malah perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Begitulah sedikit ulasan oleh penulis, dan jangan lupa untuk hadir ke majlis debat tersebut bagi melihat sejauhmana mampunya jelmaan si 'pitung' dari pasir salak ini mampu membunuh 'hujah-hujah' ketuanan melayu dari bibir seorang 'mujahid' PAS. Sebenarnya, namanya pun memang 'Mujahid'. Sedikit pujian buat 'si pitung' kerana darah melayu pasir salaknya memang darah 'pejuang' tidak gentar untuk berdebat. Caya sama luu..! Nak banding dengan KJ ? hmm..!

siapa
Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak tu ? Klik disini

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak, Teluk Intan. Kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Tajuddin berkecimpong dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988). Kemudian sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.
Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA , Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan ISA dalam Operasi Lalang bersama Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim dan lain-lain. Beliau selalu membandingkan perjuangan UMNO dengan perjuangan Datuk Maharaja Lela menentang JWW Birch.

Pada 1988 setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dihalang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai Semangat 46. 1990 beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut tidak berasas.

Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000.[1].Dalam politik UMNO Pasir Salak, beliau bergabung dengan Datuk Megat Junid Megat Ayob menentang Tan Sri Ramli Ngah Talib. [2].Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau mengalahkan calon PAS Ustaz Mustafa Shaari di DUN Kampung Gajah, Perak. Dalam perhimpunan UMNO pada September 2004, beliau dipilih oleh UMNO Perak untuk membahaskan usul ekonomi.

Kontroversi di Parlimen

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Tajuddin Abdul Rahman berikrar akan menyaman Azmin Ali PKR jika terus mensabitkan beliau dengan kontroversi RM6 juta untuk tujuan mendapatkan jawatan ketua bahagian UMNO. Beliau juga mendakwa dipecat dari UMNO oleh Anwar Ibrahim ketika itu kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. [3]

Pada 5 November 2008, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membuat dakwaan liar bahawa Tajuddin "dibenci oleh kaum India di Pasir Salak. Ini menyebabkan Tajuddin kemudiannya memaki Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran dengan perkataan "bastard" sebanyak dua kali. [4]. Tajuddin Abdul Rahman turut mencabar M Kula Segaran 'selesaikan di luar Dewan Rakyat'. Bagaimanapun, kedua mereka menarik kembali perkataan tersebut. - wikipedia

ABOdaily-jangan sampai 'batal' sudah !

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster