ABOdaily - 'kau semua 'blogger' lembik..!
Friday, December 5, 2008
ABOdaily - |
Kebelakangan ini, atau sejak beberapa tahun lalu, sering disebut-sebut Malaysia mula mengalami "politik baru." Politik baru ini dimaknakan dengan paling utama, politik yang berbeza dengan Umno dan Barisan Nasional. Politik baru kononnya lebih bijak dan tinggi.
Malangnya, politik tetap politik. Sangat naif sekiranya kita mendakwa atau merasakan ada politik yang lebih tinggi dari politik seperti yang kita lihat hari ini.
Buktinya, negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat tidak jauh berubah dalam banyak perkara. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat pula mendakwa ada banyak anasir BN dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Pengunaan BN di sini menyimpulkan bahawa segala yang buruk itu perlu dikaitkan dengan BN, walaupun hakikatnya tidak seperti itu.
Selain politikus, aktivis dan penyokong pakatan pembangkang juga masih memperlihatkan gaya politik yang selalu disebut sebagai bersifat BN itu, seperti menyerang karekter dan mengkritik tanpa asas yang betul.
Sebuah blog, sebagai contoh, mengecam dengan sangat keras dan tidak bermoral seorang wartawan hanya kerana melaporkan satu perkara yang tidak dipersetujui penulis blog itu. Malah dalam kalangan pemimpin tertinggi juga, politik berpuak-puak, kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kumpulan masing-masing tanpa pertimbangan rasional, terus berleluasa.Sentimen seperti ini yang melahirkan tindakan-tindakan yang tidak rasional, seperti kritikan keras mursyidul am PAS terhadap Mustafa Ali ekoran kenyataan mengkritik rancangan 16 September Anwar Ibrahim. Dalam politik, biasanya tentangan hebat hanya diterima oleh pemimpin hebat, pemimpin yang dilihat berpotensi untuk mengatasi yang lain.
Seorang pemimpin baru PKR, Mohamad Fairus Khairuddin, yang baru menjawat jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang (perlantikan yang mengejutkan bekas-bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang mengenalinya), telahpun mempunyai blog antinya sendiri.Kalau blog anti menjadi indikator, Fairus kini telah setaraf dengan pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Husam Musa. Bukan sahaja pemimpin hebat, malah ada juga blogger yang rasa dirinya hebat telah membuka 'kampung'nya sendiri. Mungkin tidak sesuai nak bercampur dengan blogger2 anak 'ikan', 'korang semua 'blogger' lembik..! tapi mungkin terlupa, bahawa kebanyakan anak2 'ikan' lembik itu bukan dari spesisnya anak2 ikan 'keli' lembik tapi 'arowana' dan 'piranna' yang ganas. Sendiri fikir !
0 comments: to “ ABOdaily - 'kau semua 'blogger' lembik..! ”
Post a Comment