ABOdaily - Misi 'bantuan' mangsa banjir ke Kelantan
Sunday, December 7, 2008
asrol@ABOdaily |
Tumpat, 4 Disember 2008 - CAB Cakaran Corporation Berhad sebuah syarikat konglomerat ternama Malaysia yang tersenarai di papan utama indeks bursa saham kuala lumpur (CABC:KLSE) telah menderma sejumlah RM18,000.00 di dalam bentuk barang makanan kepada Kerajaan Negeri Kelantan khas untuk membantu membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.
Logistik dibawa secara konvoi jarak jauh melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Pulau Pinang ke Kelantan Unit Ehsan Pulau Pinang sebuah badan di bawah Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang turut serta sebagai tulang belakang misi kemanusiaan ini. Delegasi Misi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, 2 orang exco Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corporation Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.
Konvoi misi bantuan banjir tersebut sampai di Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 10 malam dan menjadi jemputan khas ADUN Limbongan, Drs. Zainudin Awang Hamat yang juga merangkap Pengerusi Briged Kebajikan Negeri Kelantan di Pusat Khidmat ADUN, Wakaf Berangan, Pasir Puteh sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Khidmat ADUN Kelaboran, YB. Zaki Ibrahim di Bandar Tumpat, Tumpat, Kelantan. Logistik tersebut diserahkan khas di bawah penyeliaaan ADUN Kelaboran, Tumpat, YB. Mohd Zaki Ibrahim untuk di edarkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Turut membantu ialah Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan, Pemuda PAS Kawasan Tumpat. BloggerNetwork@Kelantan, Unit Amal PAS. Barang-barang bantuan adalah berbentuk kain selimut, beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej.
Di antara blogger yang turut serta di dalam misi kemanusiaan ini adalah saudara Aloha2, Ijat Panjang – bloghijat.blogspot.com, Asrol dari BloggerNetwork@Kelantan – kelatekito.com dan Blogger Abang Raja di abangraja.blogspot.com. Laman web Unit Ehsan Pulau Pinang adalah di http://www.unit-ehsan-penang.blogspot.com

0 comments: to “ ABOdaily - Misi 'bantuan' mangsa banjir ke Kelantan ”
Post a Comment