BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

ABOdaily - debat 'Umno' vs. 'PAS' di Parit Buntar  

Wednesday, December 3, 2008

ABO-
PDF Print E-mail
Orang ramai tidak perlu risau tentang kehadiran ahli panel debat pada 6 Disember ini kerana kesemua ahli panel sudah mengesahkan kehadiran mereka. Mereka pasti datang. Ini kerana pendebat yang dipilih adalah anak 'jantan', bukan silembik. Khabar angin yang bertiup bahawa Umno tidak akan 'berani' berdebat kini menjadi topik 'hot' di warung-warung kopi kerana ketidakyakinan mereka terhadap kehadiran Ahli Parlimen Pasir Salak Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman dari Umno. Tapi Umno 'Tajuddin' berbeza dengan Umno 'si tukang cium keris'.
Debat Perdana yang bertajuk Melayu : Kemana Hala Tuju ini akan diadakan pada hari Sabtu 6 Disember 2008 bermula jam 9.00 malam di Dewan Seri Kerian. Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ini membariskan tiga ahli panel iaitu Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan En. Hafiz bin Mokhtar Lubis dari Teras.
Kebimbangan ini tercetus kerana sejarah menunjukkan ahli panel dari Umno selalu tidak hadir walaupun menyatakan persetujuan untuk hadir pada peringkat awal. Pertukaran lokasi debat dari Dewan Chin Bon Kok ke Dewan JKKK Tanjung Piandang dan terbaru di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar Inn menambahkan lagi kebimbangan orang ramai.

Menurut satu sumber, Dato' Tajuddin tidak akan menghampakan orang ramai di Parit Buntar kerana komitmennya untuk hadir jelas ditunjukkan sejak mula menerima jemputan debat ini. Malah Ahli Parlimen ini akan bersama beberapa buah bas membawa penyokongnya dikalangan pemuda Umno Pasir Salak untuk memberi sokongan kepadanya" menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, orang ramai sekali lagi dinasihatkan hadir awal ke Dewan Seri Kerian kerana dewan berkenaan hanya mampu memuatkan 500 tempat duduk sahaja. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak yang bekerjasama dengan Pejabat Agama Parit Buntar mengadakan debat ini akan membuat kutipan tiket RM 2.00 kepada orang ramai yang ingin menyaksikan debat ini. Tiket ini boleh didapati di pintu masuk Parit Buntar Inn.

Memandangkan sambutan hebat dijangkakan dari orang ramai untuk hadir ke program debat ini. Pejabat Agama Parit Buntar dicadangkan mengadakan tayangan skrin di luar bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan menyaksikannya melalui layar skrin. Orang ramai yang hadir dijangkakan bukan sahaja dari Parit Buntar malah dari Kedah dan Pulau Pinang kerana Parit Buntar bersempadan dengan kedua-dua negeri ini.

albanjari@ABOdaily-Jangan lupa Polis, tentera, UTK dan Unit Bom kena ada di tapak debat, bukan apa Parlimen Parit Buntar ni tempat 'panas', pastikan jangan ada senjata tajam, parang, pistol dan bom atau apa saja senjata yang merbahaya dibawa masuk. Kalau jadi apa-apa sungai jauh dari Dewan Seri Kerian ni, tak kan nak terjun ke longkang dewan..ceh!

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster