BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Isu fatwa 'yoga' - Dato' Jamry jatuh longkang!  

Wednesday, December 3, 2008

ABOdaily@albanjari-

..riuh rendah 'reban' 3-4 bulan lepas, bila MB Perak, Ir. Nizar mengarahkan pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Jamry Sury. Isunya bila MB tidak memohon perkenan istana terlebih dahulu sebelum menukarkan Jamry. Itulah isunya.

Umum telah maklum, walaupun MB memang mempunyai kuasa untuk menukarkan Jamry, tetapi disebabkan ketika itu juga Jamry memegang kuasa sebagai setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di bawah penguasaan sang istana maka pertukaran itu menimbulkan kecoh yang amat sangat.

Kutukan dan cemuhan dilemparkan kepada MB termasuk durhaka kepada sultan kerana mendahului baginda dalam membuat keputusan. Nah !, sekarang Allah swt. telah membalikkan semula isu yang sama kepada si Jamry, ahli UMNO Parit Buntar itu.

Beliau telah menarik balik kenyataan bahawa kerajaan negeri Perak akan mengguna pakai keputusan Fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana beliau tidak meminta perkenan sultan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.Apa kau rasa ?

Seolah-olah dilihat beliau boleh mewakili lidah sultan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada baginda. Ianya jelas membelakangkan peranan sang sultan, ketua agama di negeri Perak ini dan perlanggaran bidang kuasa ini lebih dahsyat dari apa yang telah dilakukan oleh Ir. Nizar dahulu. Di sini jelas sekali kita lihat isunya seakan sama seperti yang dilakukan oleh Ir. Nizar dahulu. Bezanya kecohnya aje yang tidak sama.

Mungkin sebab Jamry ni orang Umno, maka digelapkan isu ini. Kalaulah Ir. Nizar yang buat kenyataan mengenai yoga tersebut, hangpa sendiri boleh fikir apa yang akan dilakukan oleh pihak media terhadapnya,
“Allah merancang dan kita merancang, dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang - al-Quran“
Mungkin Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan boleh memikirkan juga untuk melantik Samy Karupu Velu sebagai ahli jawatankuasa yang dilantik memandangkan beliau juga berminat pada setiap keputusan yang diputuskan berkaitan agama Islam ini. Mudah-mudahan Allah melorongkan hidayah kepadanya untuk memeluk agama Islam. Kisahnya di bawah :
JAIPk-tarik balik kenyataan yoga haram
IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

“Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak,” katanya. Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan..
Untuk Jamry, "kabisaan napa pang katulahan dah kawo, padan muha !"

artikel asal : shamsuleffendy@BIT disesuaikan untuk paparan@ABO daily

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster