BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

ABOdaily - ustaz cap 'ayam' - nak simpan lagi ??  

Tuesday, December 2, 2008

ABO-
..ustaz T ini hebat orangnya, muda lagi orangnya, dalam 30han berasal dari Baling Kedah, mempunyai dua orang isteri yang berasal dari Sabah yang mana mereka ini bekas pelajar dari APID. Selain itu Ustaz T ini juga pandai berbomoh mengubati segala macam penyakit, dan ia menjadi popular sedikit waktu dulu. Ustaz ini juga mempunyai jawatan Ahli Dewan Ulama PAS Perak. Nak dijadikan cerita seorang dari isterinya telah mendapat jawatan Guru JQAF dan balik bertugas di Sabah, maka tinggal seorang sahaja isterinya di sini.
Mungkin tidak cukup dengan seorang isteri si Ustaz T telah membuat hal apabila ia telah membawa lari seorang pelajar perempuan yang baru balik dari Jordan dan belajar di Apid untuk ambil SPM, ia membawa lari pelajar tersebut ke Kuala Lumpur untuk di nikah dengan cara sindiket. Mengikut cerita pelajar perempuan tersebut telah di bomohkan nya (pukau) hingga tidak menyedari apa yang berlaku keatasnya.
Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh ibu pelajar tersebut kepada polis sehinggalah dua hari kalau tak silap saya barulah pelajar tersebut dibawa balik. Ustaz T tersebut telah ditahan polis dan mengikut dia telah ditahan di Lokap Kampung Gurney, kerana Balai Stiawan ramai polis yang pergi berbomoh dengannya.

Mengikut jiran sebelah rumah pelajar perempuan tersebut Ustaz T telah datang bersama ibunya konon nak buat cara baik nak ambil pelajar tersebut menjadi isterinya, tetapi telah dipukul oleh abang pelajar tersebut, nasib baik emak si ustaz ni melindungi badannya kepada anaknya dari pukul, kalau tidak memang membawa maut. Selepas kejadian tersebut Ustaz T tersebut mungkin merasa malu dan terus menghilangkan diri tidak lagi pergi ke APID sehinggalah APID makin berkurang tempat belajarnya sehinggalah ia ditutup terus pada tahun lepas.
Apa yang saya dengar bagaimana dengan kutipan wang beratus ribu ringgit untuk projek membina APID kerana sebelum ini bangunan APID hanyalah disewa di rumah kedai dua tingkat bekas dari kolej UiTM Cawangan Perak Seri Manjung. Banyak dermawan dari tokoh korporat, kontraktor, doktor dan ahli perniagaan yang membantu APID selain dari derma orang ramai.
Apa yang saya nak ceritakan disini Si Ustaz T inilah menjadi duri dalam daging bagi PAS Kawasan Lumut, mungkin dengan kebolehannya pandai berbomoh, boleh dikata ramai ustaz-ustaz yang berada di Lumut beserta dengan Pemuda PAS kawasan Lumut habis menentang Pimpinan Kawasan sehinggalah sekarang ni pun masih lagi tegang. (selanjutnya..)

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster