BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

ABOdaily - 'si gagal' : tropi utk. ustz. Azli (Taliban)  

Tuesday, December 2, 2008

albanjari@ABOdaily

(..) masa dia naik pentas, senyap kejap, pasai semua 'gerun' tengok janggut panjang ustaz ni, betui macam 'Taliban'. Rakan teman cakap, ini ker 'orang'nya. Teman angguk saja. Yelah 'first time' tengok ustaz ni, mesti 'excited'.

Memang betui la..dapat aja 'ustaz taliban' ni mikrofon, dia punya belasah sampai semua naik blurr..tak faham apa yang dia dok 'merepek' kat atas pentas. Teman tengok kawan, kawan tengok teman. Pen dan buku nota...kosong tak dapat nak tangkap apa nak ditulih. Tak kan ini 'pegawai khas' MB yang turun bagi 'penerangan' dasar dan isu-isu negeri kepada rakyat bawahan ? Oh..Tuhan..hangpa yg kat atas tu, tak dak calon lain kaa ? Yang baguih sikit PR dan cara penyampaiannya !

Dah 20 tahun lebih teman ikut ceramah 'PAS' ni, undi pun untuk PAS, dah muak dengar perkataan tu, pada teman ia tidak membantu 'jemaah' PAS jika nak tarik orang muda Umno, atau melayu 'atas pagar' sokong 'PAS' ! Mungkin atas alasan itu kot juga, YB Idham Lim ada bagitau dalam akhbar Siasah,
'..kami tahu PAS paling banyak kalah dalam pilihanraya lalu dan kekalahan ini adalah di kawasan majoritinya melayu yang beragama islam. Jadi kami kena pastikan mereka memberikan sokongan kepada PAS pada pilihanraya umum akan datang..' -Idham Lim
Sudah ler 'sound system' out malam tu, kena pulak penceramah utama cakap tak tahu butir perkara, dari nak faham, langsung jadi tak faham !, yang nak faham pun kat hujung..pasal ada perkataan, bahlul!! Terjerit-jerit atas pentas. Siksa teman tengok 'ustaz Taliban' ni bercakap. Jatuh kesian pun ada ! Setengah jam, teman dapat tangkap 2 isu saja dari ustaz ni, iaitu isu RTM-radio Perak FM tak bagi laluan utk. MB Perak dan maklumat yang sukar untuk disalurkan melalui media. Lalu cara terbaik melalui medium 'ceramah'.

Bagi teman bagus 'ceramah' penerangan ni, cuma tak bagusnyer orang yg datang jadi 'penceramah' tu yang masalah sikit. Nak cakap lebih-lebih pun rasa salah, tak cakap lagi la.. salah, tak buleh ker cari orang yang lebih layak dan berkebolehan bercakap, untuk menguruskan sesi ceramah penerangan macam ini kepada rakyat? Pandangan peribadi teman, 'ustaz Taliban' ni hanya sesuai untuk ceramah politik PAS sahaja, untuk ceramah malam tu teman kata dia 'failed'. Harap 'imej' saja 'gempak' ! (selanjutnya..)

Imej klik di sini

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ ABOdaily - 'si gagal' : tropi utk. ustz. Azli (Taliban)

  • mudz
    December 4, 2008 at 11:13 AM  

    Minggu lepas pi ceramah umum Ustaz Talipan (pegawai khas MB) mengenai budget 2009 di TB..bersemangat berceramah tapi kosong, tak tahu tahap apa yang dia cakap:

    Demi Kebaikan bersama harap bebenor kita dapat :

    1] Tukor gaya ceramah/ sekarang bukan lagi pembangkang tapi pemerintah, mesti tukor stail
    ceramah macamana nak tadbir negeri, bukan era cari salah pembangkang (BN)

    2] Perlu banyak merendah diri. Asyik khabor diri baik , meluat orang kampung dengor....

    3] Buat persediaan sebelum ceramah. Banyak baca buku. Kalau tentang budget wajib tahu asas ekonomi. jangan bantai aje.

    PAS pusat patut kawal ustaz Taliban, beri dia lebih masa untuk persediaan berceramaH.

    Pas pusat patut keluarkan garis panduan untuk penceramah.

    CYS

Design by Amanda @ Blogger Buster