BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Gong Xi Fa Chai buat YB Idham Lim  

Monday, February 2, 2009

Saya mengadakan Hari Terbuka Hari Raya Cina pada tahun ini dengan tujuan untuk membuktikan bahawa saya masih mengamalkan budaya Cina yang tidak bercanggah dengan Islam yang saya anut, disamping dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang terdapat dalam DUN Titi Serong.

Demikian antara ucapan yang diberikan oleh ADUN Titi Serong,Drs. Khalil idham Lim dalam majlis Hari Terbuka hari Raya Cina yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini hari ini. Sambutan Rumah Terbuka seumpama itu adalah untuk kali yang pertama setelah ADUN berbangsa Cina dari PAS itu memenangi DUN Titi Serong dalam PR Umum tahun lepas. Dianggarkan lebih 3000 orang yang terdiri dari majoriti kaum Cina , serta Melayu dan India yang telah memenuhi perkarangan kediaman ADUN di antara jam 1.30 hingga 5.30 petang.


Drs.Khalil menyambut kedatang tamu dengan tarian singa.

"Saya masih mengamalkan makan besar di malam pertama raya dan membeli baju baru sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina" Jelas Khalil.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan kesudian semua bangsa yang hadir dan menyatakan inilah bukti bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan yang kuat di Titi Serong.

Mengenai kedatangan Tahun Lembu yang disambut pada tahun ini, Drs. Khalil mengajak dengan semagat kekuatan lembu supaya orang cina terus maju dalam bidang perniagaan walaupun tahun 2009 berada dalam keadaan ekonomi kurang selesa.

Semua pengunjung disambut dengan tarian singa yang didatangkan khas oleh ADUN dari Bandar Baru Kedah.

Selain itu Drs. Khalil dan isteri telah menyerahkan "ang pau" kepada kanak-kanak yang hadir. Sebelum pulang mereka telah dihadiahkan dua biji limau Mandarin yang disediakan khusus dalam bag.

Drs. Khalil dikerumuni kanak-kanak untuk mendapatkan Ang Pau.


Kelancaran program adalah dibantu oleh ahli Kelab Penyokong PAS Kaum Cina dan lebih 20 orang Unit Amal PAS Kawasan Parit Buntar. Artikel ini diambil dari blog Cina Islam

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster