Dah hilang akai ka apa ?
Tuesday, February 3, 2009
'Hilang akai kaa.. apa ?. MAAFLAH kalau ada yang rasa saya terlampau. Tetapi sungguh, apabila dua ADUN Perak, dari Tangkai Jering dan Belerang, yang disebut-sebut akan lompat parti, tiba-tiba dikatakan hantar surat letak jawatan, saya kira ini cerita yang paling tidak munasabah.
"Hilang akai ke apa?"
Elok-elok sudah duduk kerusi Exco, tiba-tiba hantar surat letak jawatan. Saya kira, ini serupalah cerita orang yang sedang bersiap-siap hendak menikah, tiba-tiba pergi cari tukang urut untuk buat diri sendiri 'mati pucuk'.
Memang tidak munasabah!
Ini kerana, sesiapa pun boleh mencongak bahawa apa lagi kuasa tawar menawar yang mereka ada jika mereka sendiri sengaja letak jawatan wakil rakyat.
BN pun apa faedah yang akan dapat jika benar ada usaha untuk umpan mereka melompat, sedangkan tanpa jawatan wakil rakyat, ikut kamus politik, mereka sudah tidak ada apa-apa lagi!
Sesungguhnya, apa yang baru berlaku di Perak ini memang sangat unik kesnya dalam sejarah politik negara. Tidak pernah berlaku permainan yang sampai ke tahap ini liciknya.
Ikut apa yang mereka sendiri kata, kedua-duanya tidak pernah hantar surat letak jawatan sebagaimana yang dikatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, kelmarin.
Sebaliknya kata mereka, surat itu adalah surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang mereka dipaksa tanda tangani sebagai akujanji selepas menang pilihan raya umum lalu.
Ertinya, jika mereka lompat parti, surat itu akan dikeluarkan dan dengan itu, peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta.
"Ini dahsyat punya politik Anwar Ibrahim," kata seorang teman blogger sewaktu hubungi saya petang semalam. Dan katanya lagi, ini juga menunjukkan Anwar sememangnya tidak pernah mempercayai sesiapa melainkan hanya dirinya sendiri sahaja.
Dan kata saya pula, "Anwar bagaimanapun pandai buat orang terus percaya kepadanya walaupun dia sendiri tidak pernah percayakan orang."
sumber : http://muhamadmatyakim.blogspot.com/

February 3, 2009 at 3:26 PM
Anuar dulu pun pernah mengaji kat DR M. Waktu Dr M 'declare' Osman Arof (bekas MB Kedah) antar surat letak jawatan, Osman Arof nafi. Dia pun lupa pernah sign surat tanpa tarikh untuk letak jawatan.
Jadi kenalah apa yang MB Perak buat laa ni