BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

'tengin' orang Umno dan 'tengin' orang PAS ?  

Thursday, January 1, 2009

ude kenang@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Mat Sabu kata Dr Mahathir yang hidup matinya untuk UMNO boleh keluar UMNO sebab dia dah tak percaya pada UMNO. Semasa Tun Ghaffar sakit tenat, Mat Sabu pergi melawatnya. Bila ditanya, mana sahabat-sahabat UMNOnya. Tun menjawab, orang UMNO ni masa pegang jawatan, masa berada dalam kerajaan dan masa ada kuasa, masa inilah mereka akan berada dalam ingatan. Bila dah duduk luar, siapapun tak nak pandang hatta sebelah mata. Kalau sakit dah nak mengadap Illahi, kawan-kawan tunggu bila dah tak ada nyawa je. Lagi teruk datang nak makan bubur kacang je. Kalau tak percaya tanya Haji Mat Sabu.

Di kampung teman ramai sungguh orang-orang UMNO yang mati hidup untuk UMNO. Bila cerita tentang rasuah dan salahguna kuasa dan wang rakyat, mereka boleh cerita panjang, tiga hari cerita pun tak habis, siap dengan nombor-nombor dan orang-orangnya sekali. Duit kena songlap, peruntukan kena tibai, kroni/adik beradik dapat projek, semua mereka tahu. Jiran teman siap bagi jumlah sekali. Yang sedih duit Asrama Anak Yatim yang pernah masuk TV pun kena songlap, kata jiran teman yang berjawatan dalam UMNO. Buat apa tu ?, pemilihan, lobby, kain pelikat, kain batik...... semua mereka tahu. Tahu pulak salah dan haram di segi undang-undang dunia dan Islam khasnya.
Sayang seribu kali sayang, mereka buat tengin je (pinjam kata-kata YAB Nizar). Masih lagi menyayangi UMNO. Pada mereka hanya UMNO yang boleh membela deme. Masa Mahathir mengistiharkan keluar UMNO ramai kawan-kawan UMNO yang bersetuju diatas tindakan Tun itu. Ingatkan mereka nak ikut serta, tetapi TIDAK sama sekali. Alasannya dalam UMNO yang elok pun ada, yang tak elok pun ada. Mereka akan menyokong yang elok-elok tu. Ramai ustaz-ustaz, haji-haji, dan para cendiakawan dalam UMNO yang baik. Yang tak baik tu sikit je........ Betul ke?
Pelik juga orang UMNO ni, bila ada kematian, orang PAS jugak dicari. Bila nak kenduri, nak baca tahlil, panggil orang PAS juga. Di kampung teman kalau tak ada imam orang PAS, pakat tak ada le orang sembahyang berjemaah. Saya pernah beritahu pada kawan-kawan, bila ada kematian cuba kita buat-buat sibuk ke, buat-buat dek ke. Tapi orang-orang PAS baik. Orang UMNO pun tahu dan mereka gunakan ini sebagai alasan yang baik. Selanjutnya klik [link]

*ABO-sameler dgn kampung teman ni, baru ajer semalam berbual dgn 3 org kuat Pemuda Umno tempat teman,pasal udah deme tu nak bersembang hal politik,teman 'kawtim' meja deme tu,tapi sebelum bayor teruk ler juga kena gasak dgn teman. Gasak macamana pun itu ler ngopernyer..tetap tengin..hujungnya Umno juger yg betui pada deme !

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ 'tengin' orang Umno dan 'tengin' orang PAS ?

  • Anonymous
    January 1, 2009 at 10:42 PM  

    DULU, KINI, DAN SELAMANYA... itulah UMNO..panggilan glamour Mim mati..

  • azhar
    January 2, 2009 at 6:20 PM  

    Salam
    deme UMNO tu memang gitu..kalu tak de orang PAS alamatle...mau busuk mayatnye yoep..
    tapi mcm yoep cakap ...orang PAS ni..sangka baik..buat baik..semuenye baik belaka..banyak sabonye tu yang deme pijak kepala kite selam ini...

Design by Amanda @ Blogger Buster