BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Sapa nak meniaga 'free' datang ke sungai siput !  

Thursday, January 15, 2009

Inilah Isunya..wakakka..!! korang pegi jumpa minah tu,ambik gambor dia dan tampal kat blog besor2,senang nak kenal..wakakka..sewa free macam tu sapa pun mau..!

GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.
Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa. Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut. Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya. Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.Lagi di sini.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Sapa nak meniaga 'free' datang ke sungai siput !

  • Anonymous
    January 15, 2009 at 8:33 PM  

    OK KALAU MACAMTU KITA PENDUDUK SG SIPUT KENA BOIKOT ITU GERAI DAN JANGAN LUPA BOIKOT SEKALI ADUN TUA TU SEKALI KERANA KERJA ASIK MENIPU SAHAJA.
    KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO.

  • zack
    January 17, 2009 at 5:45 AM  

    Ini kes bukan apanya....waktu PRU12
    tuan punya gerai sibok kempen kat Be End...pasai kalu Be End perintah x bayar sewa pun x pa sbb nak balas
    budi...tup-tup pembangkang yg dpt..
    kantoi laa..jadi bila bil tertunggak
    mula ambil kesempatan kata kerajaan baru kejam laa...woii..mana ade didunia free...beraaakkk pun kene bayar beb...itu la kalau dah lama memerintah untk kekalkan kuasa x payah bayar bil pun x pa janji sokong Be End. So pengajaran dri peristiwa ini nasihat kpd pihak yg memerintah sekrg jgn peduli siapa..yg x bayar bil ...samada ahli Be End ke atau PAS, KEADILAN,
    DAP..ke ....mesti ikut undang2 moga
    usaha kite diberkati...!!!!!!!!!

  • zack
    January 17, 2009 at 5:49 AM  

    janganmalukan..kulaan...harapnya..org
    yg kada mayar.................
    sewa kadai tuu...bukan kulaan angahnya.laa...keh..keh...!!!!

Design by Amanda @ Blogger Buster