Jika Benar ?? Hujahnya bagaimana ??
Thursday, January 8, 2009
Saudara Manjung Mari, hang 'check' betui ka apa yang berlaku di Teluk Batik tu, dalam daerah Manjung tu !
Kalau betul, betul lah email dari 'umno' ni, dan mengapa jadi macam tu pulak ? Tetapi kalau tak betul, ramai-ramai kita belasah umno ni di blog dia !
Kalau betul, betul lah email dari 'umno' ni, dan mengapa jadi macam tu pulak ? Tetapi kalau tak betul, ramai-ramai kita belasah umno ni di blog dia !
Surat Terbuka Untuk MB Perak : Selamatkanlah Perak !!
Assalamualaikum Dato Seri Haji Mohd Nizar,
Nak minta jasa baik dari Dato Seri tentang permasalahan di negeri kita ni, baru2 ni selepas aidilfitri saya dan keluarga pergi Teluk Batik, alhamdulillah cantik Teluk Batik sekarang ni, saya bersama kelurga saya telah menginap di Teluk Batik Resort, yang saya nak beritahu DS sekarang ni ialah tentang hotel ni telah mendapat satu tapak yang sangat besar bersebelahan hotel tersebut.
Yang lagi bestnya tempat ni dia buat tempat untuk snorkling man made, itu pun takpa lah lagi lah..tapi yang menyayatkan hati ialah terdapat BAR terbuka (SNORKLING PARK CAFE) di sana yang di hiasi dengan lampu yang sangat cantik. Saya memerhatikan ramai orang minum 'open air' di sana.
Saya pun bertanyakan lah dengan salah seorang pekerja di situ, berapa lama dah buka tempat ini, dia pun menjawab...baru dua bulan!!!! Aik....macamana ni DS? Senangnya diorang dapat liquir license? Negeri yang di perintah oleh sebuah parti yang amat saya sanjungi pun boleh jadi macam ni jugak...kalau dulu jangan cerita DS....depa tu memang parpu....tapi sekarang ni macamana tempat ni boleh jadi macam tu?
Pastu saya pun berjalan jalan di persisiran Teluk Batik saya mendapati banyak sekali restoran SEAfood yang besar2 dan cantik tapi dimiliki oleh orang Cina, restoran ini semua baru dalam dua bulan di buka operasinya. Jadi kalau tuan dalam situasi saya, apa perasaan tuan bila melihat habis perniagaan restoran kawasan melayu dimiliki oleh org2 Cina? bukan nak racist ya DS....tapi saya sempat bersembang dengan peniaga kecil org Melayu di sana tampak yang begitu kecewa dengan kerajaan negeri yang baru.....DS, peniaga punya la marah, tak sampai hati saya nak menulis kat sini la DS...katanya habis perniagaan mereka semua dah tak laku sekarang gara2 semua ke restoran besar dan tidak lagi ke gerai mereka ini..
Tujuan saya cerita kat DS hal ini kerana saya menyayangi dan menyanjung tinggi parti PAS. Di mana saya telah melihat kehebatan Tuan Guru Nik Aziz memrintah Kelantan dengan begitu hebat sekali.....begitu juga dengan Haji Azizan di Kedah di mana beliau berani melakukan perubahan ke negeri Kedah....saya pun mengharapkan begitu juga di negeri kelahiran saya ini.
Kalau DS nak tahu la, sayalah orang paling gembira sekali pada hari DS dilantik sebagai Menteri Besar Perak tempohari......tapi bila saya tengok macam ni nampak macam.....tah la DS....boleh tak DS tolong siasat apa yang berlaku kat situ, kalau boleh saya nak bantu DS untuk menjadikan Negeri Perak kita ini yang terbaik di Malaysia....DS, sesungguhnya tanggungjawab yang DS pikul ni adalah amat berat, saya faham.....selamatkanlah negeri Perak kita DS....Ini adalah amanah dan tanggungjawab DS....tolong lah jaga kebajikan orang Melayu, janganlah nanti kita ni MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, saya tahu MB yang dulu2 semua penyangak besar2, DS tunjukkanlah karisma DS sdengan memimpin dengan cara yang adil dan saksama.....sekian buat kali ini. email saya : parpukari@live.com
trima kasih sdr hamba (parpukari@live.com) atas komen ynag membina serta penghargaan jua kepada keperihatinan sdr berkenaan dgn situasi tersebut.Ini akan dipanjangkan kepada YDP manjung serta DO Manjung untuk siasatan dan langkah selanjutnya. Namun amat baik sekali jnika sdr juga cadang dan syurkan sesuatu tindakan.
Gambar-gambar juga cukup bermanafaat dalam hal ini. Namun, apapun saya bersyukur masih ramai hamba sprti sdr yang ambil berat pasal berleluasa maksiat dan gejala sosial. Truskan usaha baik sdr dan doakan agar Allah memberi kekuatan politik kpd kerajaan PR untuk menjelmakan satu corak pemerintahan yang berteraskan keadilan, amanah , ketelusan, kewibawaan dan berkebajikan.
Gambar-gambar juga cukup bermanafaat dalam hal ini. Namun, apapun saya bersyukur masih ramai hamba sprti sdr yang ambil berat pasal berleluasa maksiat dan gejala sosial. Truskan usaha baik sdr dan doakan agar Allah memberi kekuatan politik kpd kerajaan PR untuk menjelmakan satu corak pemerintahan yang berteraskan keadilan, amanah , ketelusan, kewibawaan dan berkebajikan.
wasalam
YAB DS MB
0 comments: to “ Jika Benar ?? Hujahnya bagaimana ?? ”
Post a Comment