BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

(46) Zamry vs Nizar @ Crisis - Pokok Demokrasi disemarak rai oleh Nizar pagi ini!  

Sunday, March 8, 2009

Pengendali blog al-Banjari Online telah mengisytiharkan HARI PROTES keatas kezaliman penguasa yang menahan, mengasari dan mencalar hati seluruh rakyat dan pejuang-pejuang bahasa dalam perhimpunan PPSMI kelmarin.

Maka satu PROTES telah dihantar sebagai mesej tiada komprominya beliau dalam cara dan kaedah pihak penguasa menangani situasi di perhimpunan itu yang jelas memperlihatkan sikap gansa dan double standard yang ketara kepada pejuang-pejuang bahasa. Blog beliau akan dikemaskinikan semula pada hari Isnin, 9hb.Mac 2009. [ link ]

Walaubagaimana pun blogger al-Banjari akan terus memaparkan berita dan paparan terkini dari Perak khususnya, dan pada pagi ini beliau berada di Ipoh untuk turut bersama-sama melihat Majlis menanam pokok di kawasan Pokok Demokrasi yang akan dilakukan oleh MB Perak yang sah, DS Nizar bin Jamaluddin.

Satu majlis ringkas menanam pokok demokrasi di tapak berlangsungnya sidang tergempar pada 3 mac 2009 yang lepas akan diadakan pagi ini pada jam 10.00 pagi.

YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin bersama dengan ADUN pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat dijangka hadir.Semua yang berkelapangan dijemput hadir sama untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Semua sumber berita akan diupdatekan pada esok pagi di blog beliau.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ (46) Zamry vs Nizar @ Crisis - Pokok Demokrasi disemarak rai oleh Nizar pagi ini!

  • no2rasuah
    March 8, 2009 at 12:06 PM  

    salam ziarah,

    Wak, aku himpun segalanya di http://no2rasuah.blogspot.com termasuk blog wak juga. Marilah jenguk

  • UMNO PARTI PENJARA
    March 14, 2009 at 2:57 PM  

    cari meja demokrasi..







    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Azam Baru – Semangat Baru UMNO
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  • tok iskandar
    March 14, 2009 at 5:33 PM  

    Menjelang pemilihan UMNO persaingan sesama spesis UMNO semakin sengit.
    Adegan cakar-mencakar,tikam-menikam,sms palsu dan surat layang beracun akan muncul.
    Kecelaruan tentang Pak Lah jadi atau tak jadi lagi PM berselang-seli dengan dapat tak Najib jadi PM.
    Puak-puak dan juak-juak Pak Lah semakin resah sedangkan kem Najib dah tak sabar menunggu bos mereka jadi PM.
    Ramai yang tertanya-tanya nasib KJ@menantu popular Pak Lah.Bukan senang nak jadi Ketua Pemuda kalau tak dapat support daripada bapa mertuaku.Mukhriz menjadi pilihan ramai kerana dapat restu ayahnya,Tun Dr Mahathir dan Najib.
    Hulubalang kanan KJ dah dua orang cedera parah dalam pertempuran,wan farid dan norza.khir toyo telah terkeluar daripada persaingan tapi jika wak khir sokong mana-mana antara KJ atau Mukhriz,pihak yang disokongnya itu akan menang.
    Di pihak kem Najib,ramai yang beranggapan Azalina Othman menjadi mangsa terbaru kerana menyebelahi Najib.tak pulak khir toyo dan memanda menteri UMNO suruh Azalina letak jawatan kerana setpolnya kantoi kat SPRM.Bukan kecik anak duit tu.RM75 ribu beb.

    Ali Rustam,Khalid Nordin,Hamid Albar dan Shafie Afdal dikatakan calon pilihan Pak Lah untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.Muhyiddin dan Zahid,Hishamuddin pula dari kem Najib.

    Mat Taib,Rais Yatim,Rahim Thamby Chik dan Isa Samad terpaksa memulakan larian solo kerana tak join mana-mana team.

    Menarik untuk dikomen ialah Zahid Hamidi@ bekas ketua pemuda UMNO.Pernah ditahan ISA sehari kerana sokong gerakan reformasi Anwar.Sekapal dengan Najib,Mat taib,muhyiddin dalam team wawasan.mantan setpol najib dan dilantik Pak Lah jadi menteri kabinetnya.dulu pernah isytihar bertanding timbalan presiden umno tapi undur diri untuk beri peluang kepada muhyiddin.Sekarang jadi deputy chief kepada najib dalam UMNO Perak.

    seingat tok kerana kelantangannya akhbar harakah hanya boleh dijual kepada ahli sahaja.itu semua idea zahid.dah macam nak pencen daripada politik bila kena tahan ISA.zambri @ Menteri Pasola pernah ditahan ISA dulu kerana menyokong gerakan reformasi.

    Mungkin idea melantik zambri datangnya daripada zahid hamidi.tok tak tahulah zahid ni masih anggap Anwar macam kawan baiknya sendiri atau tak sekarang.dalam politik kawan dan lawan tak kekal lama.begitulah lumrahnya politik.

    Cadangan tok eloklah bloggers semua cari segala kelemahan zahid.macam wak khir kena.kita bongkar habis.tok percaya bila dia dah kalah dan tak ada tempat dalam UMNO,time tulah dia manis muka macam Berahim Ali mintak nak join Pakatan Rakyat.rakyat negeri Pasir dua butir sendiri dah tak percaya kat Zahid sejak dia jadi regu najib rampas secara haram negeri tu.

    khabar angin yang bertiup kencang,lepas je najib jadi PM,rombakan kabinet akan dilakukan dan muka-muka lama macam Muhyiddin,Rais dan hamid albar akan disingkirkan dan muka baru yang dibawa masuk Ismail said,jamaluddin jarjis dari Pahang,Nasir Fikri dari Kuala Terengganu.ismail sabri dan saifuddin Abdullah mungkin akan dikekalkan jika berpihak kepada Najib dan meninggalkan KJ.

    MB Pahang,Terengganu,Perak dan Perlis akan digantikan kerana tidak mesra Najib.di pahang,shakar shamsuddin akan menggantikan adnan yaakob.tok nan sampai risau dengan spekulasi ini sampai isytiharkan untuk bertanding MT UMNO.Derih akan kembali menjadi MB di Terengganu dan Isa Sabu akan digantikan oleh Shahidan Kassim.
    negeri-negeri lain juga akan terkena tempiasnya juga.itulah spekulasi hangat ketika ini.

    puak-puak dan juak-juak Pak Lah tengah risau dan berusaha mengekalkan pak Lah sebagai PM.Dalilnya mudah,kalau Pak Lah resign,karier politik KJ pun berakhir.

    Lumrah,dalam UMNO menang jadi arang dan kalah jadi abu.Awal-awal tok nak pesan kalau MP-MP BN berlumba-lumba nak join Pakatan Rakyat,cuba tengok Brahim Alipun akan join sama.Tok yakin sangat.

    janganlah lagi dipertimbangkan lagi kemasukan brahim Ali ke dalam pakatan rakyat.kena tipu sekali memadai daripada kena tipu berkali-kali macam pengundi-pengundi BN.Nasha,hee yit fong,jamaluddin dan osmanpun sama.

    tiada yang mustahil,pertemuan Pak Lah dengan Anwar menjadi bualan hangat penganalisis politik akan wujudnya kerajaan perpaduan.

    Tok tak ada masalah kerajaan perpaduan ini selagi MP UMNO yang join atau jadi kabinet keluar dari UMNO dan jadi bebas.Selagi jadi ahli UMNO,tok tak yakin kerajaan perpaduan ini untuk memenuhi kehendak rakyat.

    Jika Pak Lah ingin membaiki segala kerosakan yang dimulakan oleh UMNO-BN,mulakan dengan membubarkan DUN Perak.

    Kalau tak...mamak zambri,teh thani wunek....wakakakak.pinjam gelak radenjowo

Design by Amanda @ Blogger Buster