BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Bantulah saudara kita ini sekadar 'mampu' !  

Saturday, January 17, 2009

ABOdaily-
" tuan, saya cuma fikirkan pisau dan tali saja sekarang, tolonglah tuan !' Lihatlah keadaan kehidupan kami, anak-anak saya yang kelaparan, sudah 2 hari kami tidak menjamah nasi tuan ! sekali fikir ingin saja saya habiskan umur kami sekeluarga dengan 'mati' ,sebab itu saya sekarang seperti 'orang gila', macam saya cakap, fikiran saya hanya ingatkan 'pisau' dan 'tali' ". MasyaAllah ! begitulah luahan sedih seorang miskin di kawasan Adunku. Menjadi miskin kerana kehilangan kerja dan tiada sumber wang untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil.

Luahan ikhlas dari pengundi dalam Adun Titi Serong, saudara Mohd Fadil bin Shahidan, F288, batu 3, Parit Kasa, Sungai Bakau. Kebetulan teman berjumpa dengan beliau ketika singgah sebentar di sebuah kedai dimana beliau datang ke kedai itu untuk membeli setengah kilo beras dan 5 biji telor buat makan anak-anaknya di rumah yang masih kecik-kecil seramai 4 orang. Itupun membeli dengan 'hutang', Allah hu Akbar !! Sedih bila dikenang-kenangkan kesusahan yang ditanggungnya.

Teman dibawa untuk ke rumah sewanya oleh saudara kita ini, dan inilah yang teman lihat dan rasa. Amat memilukan hati pada yang memandang ke'susah'an keluarga ini.

Anak-anaknya yang masih kecil yang kelaparan. Ketika teman sampai di rumahnya petang tadi, kedengaran suara anak-anaknya menangis lapar, dengan si ibu 'menangis' memujuk anak2nya agar bersabar. Bila ditanya kepada si ibu, isterinya hanya mampu berkata, kami kehabisan beras untuk dimasak, tuan ! Aduhh...sedih dan pilu hati nya teman melihat keluarga ini !

Lihatlah gambar besen mengisi beras yang kosong. Bila ditanya lagi, si ibu hanya berkata mereka hanya minum air pili sahaja. Allah hu Akbar !!

Ya Allah! YBku, jenguklah keluarga ini. Luangkanlah masa tuan YB untuk datang ke rumahnya. Beliau menunggu YB katanya. Kata kerani di pejabat tuan YB di Bandar Wawasan Parit Buntar, akan ada nanti pegawai tuan YB datang untuk membuat pantauan dan siasatan, tapi mana dia ? telah 2 hari saudara ini menunggu tuan YB ! Sibuk sangatkah 'pegawai' tuan yang tuan amanahkan ? Saudara kita ini juga ada memberitahu, ada mengadu kepada bekas YB En. Bakar Ali (BN) tetapi bekas YB itu menyatakan bahawa jumpa dia bulan 2 nanti. Nak tunggu bulan 2, mati la kami anak beranak kalau macam ini katanya.

Keluarga ini berada dalam kawasan Adun Titi Serong, keluarlah sebentar dan jenguklah sekejap..mungkin ia dapat meringankan sedikir beban 'emosi' keluarga ini !

Alamatnya ada di atas dan mungkin ada direkodkan di pejabat tuan YB juga. Bantulah ia sekadar yang boleh ! Teman dah bantu petang tadi. Selanjutnya teman serahkan kepada 'pegawai-pegawai' YB pula menanganinya. Apa yang teman bimbang, bimbang 'syaitan dan iblis' yang datang menjadi kawan tak kala semua cara menjadi buntu, dan mahukah insiden tahun lalu satu keluarga membunuh diri berlaku lagi di sini ! Nau zu billahi min zaalik !!

Kalaulah 'pesta' PRK di Kuala Terangganu itu berlaku di Parit Buntar, teman percaya bukan setakat rumah, malah kebajikan keluarga ini juga akan turut dibela. Tapi ia tidak berlaku di sini, pesta itu hanya ada di Kuala Terangganu.

Jelas Mohd Fadil lagi, beliau telah pergi mengadu ke pejabat Adun Titi Serong, namun sehingga sekarang belum ada seorang pegawai yg datang untuk melihat keadaan sebenar keluarganya. Lebih sebulan saudara ini telah kehilangan pekerjaan, ia sangat memberi 'perit' baginya kerana memikirkan belanja untuk anak-anaknya, baginya dia tak makan tak apa, tapi kesianlah bila tengok anak-anak lapar.

Bila teman minta kad pengenalan, dah lama hilang katanya, dia tak ada duit nak membayar denda kerana kehilangan kad tersebut, tetapi yang ada hanyalah 'kartu' tanda keahlian persatuan nelayan, itulah ganti i/cnya sekarang. Isterinya tidak bekerja dan sedang mengandung anak yang ke-5. Kepada warga yang perihatin hulurlah sumbangan untuk anak-anak keluarga ini kerana Allah.

Di antara tindakan teman pada petang tadi, ialah minta jiran sampaikan masalah saudara ini ke pengetahuan jemaah dan imam masjid yang berdekatan ! Jika boleh kita tak mahu berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Update 10 malam.
Teman baru saja menghubungi YB Idham yang kini berada di Kuala Terangganu, InsyaAllah beliau akan datang menziarahi keluarga ini pada hari Ahad.

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Bantulah saudara kita ini sekadar 'mampu' !

  • Daddy
    January 17, 2009 at 11:42 PM  

    Tolonglah jangan ada report baru buat kerja. Takkan tak boleh ronda kawasan sekali sekala? Bina strategi untuk selesaikan masalah rakyat YB, jangan tunggu orang report, issshhh marah betul teman, takkan semua orang penting perlu ada kat KT'ganu,sape nak jaga rakyat ni?

  • Edyes
    January 19, 2009 at 4:27 PM  

    inilah gunanya blogger yang celik... tahniah

  • Anonymous
    January 27, 2009 at 10:49 AM  

    Mintak Izin saya mencelah ,

    Saya orang Tg Piandang ( anak nelayan jugak orang bendang )
    melihat kepada Kad Nelayan tertera beliau berumur 35 tahun

    Alhamdulillah orang tua saya bole pi kelaut sampai dia umur 60 lebih dan kami 8 beradik tak pernah tak makan ....
    Saya pun dah pi laut sejak darjah 6 sehingga sekarang umur 40an
    Walau pun dah berkerja makan gaji ( kerja Kilang ja ) dan dok kat BM skg
    tapi kita tak bole nak berpeluk tubuh dan mengharap pendapatan drp satu punca saja

    kat kawasan kita ni kalau rajin pi kerja jemur ikan masin pun boleh cina bayaq upah..
    BUKAN saya menghina keluarga ini..tapi saya sedih la...umur baru 35 tahun dah menagih simpati
    Awat di baloq kimia sangat ( bahasa kami org Tg Piandang ) terhadap org yg malas

    Saya Tau sbb saya pun org susah jugak ..

    P/S :- kalau jumpak Man Keling tolong kirim salam ( kenai ka dak ?? )

  • radens albanjari
    January 28, 2009 at 2:10 PM  

    terima kasih anom (tanpa nama) krn memberi komen.
    Jangan gemar melihat secara satu hala,lihatlah 360 darjah. Benar umurnya 35 tahun, tetapi ada juga yg umurnya kurang dari 30 tahun, sudah perlu dibantu,kekurangan yg ada pada manusia kita tidak boleh mengukurnya dgn akal. Bila ia memerlukan bantuan,tentu ada sesuatu yg tidak kena berlaku dalam hidupnya.

    Jgnlah kita terlalu mendabik dada dgn umur dan upaya kita,krn kita tidak tahu,mungkin esok Allah tarik segalanya yg ada pada kita,lalu kita pula yg harus dibantu oleh org lain.

    Saudara anom, jika boleh call saya mungkin boleh berkenalan, ttg Man Keling tu saya mohon maaf krn saya tak kenal, mungkin krn saya masih baru di parit buntar ini buat saya tak begitu kenal org lagi.

    Salam!

  • Anonymous
    January 28, 2009 at 2:56 PM  

    Salam,

    Sedara ABO,

    Harap dapat siarkan no akaun bank sedara kita yang tak bernasib baik nih dengar kadar segera.

    Salam.

    Wak Kang

Design by Amanda @ Blogger Buster