BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

Klip Video Dato' Nasa di Bota Kanan - Hijrahku bukan kerana duit !!  

Saturday, January 31, 2009

Video 1 : Ceramah di Bota Kanan



Video 2 : Ceramah di Bota Kanan



video 3 : Ceramah di Bota Kanan



12061@ABO

AddThis Social Bookmark Button


ABO - drebar 'Nabi' seorang yahudi !  

Thursday, January 22, 2009

AddThis Social Bookmark Button


Bantulah saudara kita ini sekadar 'mampu' !  

Saturday, January 17, 2009

ABOdaily-
" tuan, saya cuma fikirkan pisau dan tali saja sekarang, tolonglah tuan !' Lihatlah keadaan kehidupan kami, anak-anak saya yang kelaparan, sudah 2 hari kami tidak menjamah nasi tuan ! sekali fikir ingin saja saya habiskan umur kami sekeluarga dengan 'mati' ,sebab itu saya sekarang seperti 'orang gila', macam saya cakap, fikiran saya hanya ingatkan 'pisau' dan 'tali' ". MasyaAllah ! begitulah luahan sedih seorang miskin di kawasan Adunku. Menjadi miskin kerana kehilangan kerja dan tiada sumber wang untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil.

Luahan ikhlas dari pengundi dalam Adun Titi Serong, saudara Mohd Fadil bin Shahidan, F288, batu 3, Parit Kasa, Sungai Bakau. Kebetulan teman berjumpa dengan beliau ketika singgah sebentar di sebuah kedai dimana beliau datang ke kedai itu untuk membeli setengah kilo beras dan 5 biji telor buat makan anak-anaknya di rumah yang masih kecik-kecil seramai 4 orang. Itupun membeli dengan 'hutang', Allah hu Akbar !! Sedih bila dikenang-kenangkan kesusahan yang ditanggungnya.

Teman dibawa untuk ke rumah sewanya oleh saudara kita ini, dan inilah yang teman lihat dan rasa. Amat memilukan hati pada yang memandang ke'susah'an keluarga ini.

Anak-anaknya yang masih kecil yang kelaparan. Ketika teman sampai di rumahnya petang tadi, kedengaran suara anak-anaknya menangis lapar, dengan si ibu 'menangis' memujuk anak2nya agar bersabar. Bila ditanya kepada si ibu, isterinya hanya mampu berkata, kami kehabisan beras untuk dimasak, tuan ! Aduhh...sedih dan pilu hati nya teman melihat keluarga ini !

Lihatlah gambar besen mengisi beras yang kosong. Bila ditanya lagi, si ibu hanya berkata mereka hanya minum air pili sahaja. Allah hu Akbar !!

Ya Allah! YBku, jenguklah keluarga ini. Luangkanlah masa tuan YB untuk datang ke rumahnya. Beliau menunggu YB katanya. Kata kerani di pejabat tuan YB di Bandar Wawasan Parit Buntar, akan ada nanti pegawai tuan YB datang untuk membuat pantauan dan siasatan, tapi mana dia ? telah 2 hari saudara ini menunggu tuan YB ! Sibuk sangatkah 'pegawai' tuan yang tuan amanahkan ? Saudara kita ini juga ada memberitahu, ada mengadu kepada bekas YB En. Bakar Ali (BN) tetapi bekas YB itu menyatakan bahawa jumpa dia bulan 2 nanti. Nak tunggu bulan 2, mati la kami anak beranak kalau macam ini katanya.

Keluarga ini berada dalam kawasan Adun Titi Serong, keluarlah sebentar dan jenguklah sekejap..mungkin ia dapat meringankan sedikir beban 'emosi' keluarga ini !

Alamatnya ada di atas dan mungkin ada direkodkan di pejabat tuan YB juga. Bantulah ia sekadar yang boleh ! Teman dah bantu petang tadi. Selanjutnya teman serahkan kepada 'pegawai-pegawai' YB pula menanganinya. Apa yang teman bimbang, bimbang 'syaitan dan iblis' yang datang menjadi kawan tak kala semua cara menjadi buntu, dan mahukah insiden tahun lalu satu keluarga membunuh diri berlaku lagi di sini ! Nau zu billahi min zaalik !!

Kalaulah 'pesta' PRK di Kuala Terangganu itu berlaku di Parit Buntar, teman percaya bukan setakat rumah, malah kebajikan keluarga ini juga akan turut dibela. Tapi ia tidak berlaku di sini, pesta itu hanya ada di Kuala Terangganu.

Jelas Mohd Fadil lagi, beliau telah pergi mengadu ke pejabat Adun Titi Serong, namun sehingga sekarang belum ada seorang pegawai yg datang untuk melihat keadaan sebenar keluarganya. Lebih sebulan saudara ini telah kehilangan pekerjaan, ia sangat memberi 'perit' baginya kerana memikirkan belanja untuk anak-anaknya, baginya dia tak makan tak apa, tapi kesianlah bila tengok anak-anak lapar.

Bila teman minta kad pengenalan, dah lama hilang katanya, dia tak ada duit nak membayar denda kerana kehilangan kad tersebut, tetapi yang ada hanyalah 'kartu' tanda keahlian persatuan nelayan, itulah ganti i/cnya sekarang. Isterinya tidak bekerja dan sedang mengandung anak yang ke-5. Kepada warga yang perihatin hulurlah sumbangan untuk anak-anak keluarga ini kerana Allah.

Di antara tindakan teman pada petang tadi, ialah minta jiran sampaikan masalah saudara ini ke pengetahuan jemaah dan imam masjid yang berdekatan ! Jika boleh kita tak mahu berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Update 10 malam.
Teman baru saja menghubungi YB Idham yang kini berada di Kuala Terangganu, InsyaAllah beliau akan datang menziarahi keluarga ini pada hari Ahad.

AddThis Social Bookmark Button


Tersekarang ! PAS mendahului BN...wow !!!  

Friday, January 16, 2009



She asked if I'm from out of town and what am I doing there. I said for the by-election. Then she said.. "Campaign untuk BN ker?" I replied, "tak de la, untuk PAS." :p

She was shocked! :) A chinese girl campaigning for PAS? ? Why? Because, we are in the making of anak Bangsa Malaysia. :)
Click here [link]

AddThis Social Bookmark Button


Sapa nak meniaga 'free' datang ke sungai siput !  

Thursday, January 15, 2009

Inilah Isunya..wakakka..!! korang pegi jumpa minah tu,ambik gambor dia dan tampal kat blog besor2,senang nak kenal..wakakka..sewa free macam tu sapa pun mau..!

GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.
Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa. Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut. Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya. Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.Lagi di sini.

AddThis Social Bookmark Button


Umno dan 'pengundi'nya yang miskin !! Wan Farid..hang tengok laaa !!  

Wednesday, January 14, 2009

50 tahun dibawah Umno-BN. 50 tahun bersetia mengundi BN. 50 tahun juga rakyat amat taat kepada BN. Dan di sini, selama 50 tahun Umno-BN kuat berkubu, yang sedihnya di kubu2 kuat, kemiskinan terus menghimpit ahli-ahli Umno. Mana pemimpin2 Umno ? Mereka terus sibuk menimbun harta ! Oi! orang miskin, jangan lupa pangkah Umno lagi..kerana kamu 'orang2 miskin' kena setia dan berjanji, ketuanan melayu wajib dipertahankan, oppss..salah tuu..! ketuanan melayu 'kroni' yang kaya wajib dipertahankan..dan biarkan kamu orang miskin terus miskin..! Ingat oi orang miskin, 17hb. ini teruslah kamu bersetia dengan 'dacing' kerana dacing akan tetap mengenang budi kamu sebagai pengundi miskin.. !

Lihatlah ! Kawasan kubu kuat Umno-BN, Miskin tapi masih berkarat dacing…

Kawasan yang turut diterjah termasuklah kawasan Kubu kuat UMNO/BN iaitu di Ladang Sehat. Kedaifan penduduk disitu sukar digambarkan. Keadaan yang teruk,sampah sarap yang berselerakan dan bau dari kawasan sekitar yang sukar digambarkan,namun apa yang berlaku walaupun dihimpit kemiskinan namun mereka masih menjadi pengundi setia pihak Kerajaan. Pemikiran mereka yang kurang terbuka membuatkan mereka berada di takuk lama dan terus dibuai oleh janji UMNO/BN yang hanya sekadar MIMPI.

(MSK) Pagi tadi..kami pergi ke Ladang Sahak untuk mengedar risalah dan mencula undi. Tak berapa luas yang dapat di jelajahi pagi tadi…sebab hujan. Tapi sempat jugak melihat kawasan perumahan “elit” dikawasan Mengadang Akar. Aku katakan kawasan ‘elit’ sebab penduduk kawasan ni piao Umno. Rumah punya teruk..reban kambing aku lagi canggih, tapi masih Umno totok. Hangpa kata la apa pun…kalau tak dak Umno..nanti makan ubi!

rumah-umno1

Macam mana nak ubah pemikiran depa? Yang ni PR kena usaha. Dalam rumah dah ada ‘anak angkat’ Kementerian Dalam Negeri…budak-budak yang baru habis SPM diambil sebagai ‘pemantau’ oleh Umno. Kalau ada orang Pas atau PKR yang masuk…depa repot kat Umno. Petang tadi..kami pergi pulak ke Pasir Panjang, dalam kawasan Kg. Bukit Besar. Dok kempen macam tu jugak la. Tapi DUN Ladang ni memang tempat Umno..sebab yang ni kampung Wan Farid. Dari empat DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu, DUN Ladang paling kritikal buat Pas. Diikuti dengan DUN Bandar. DUN Wakaf Mempelam dah memang kubu Mohd. Wahid Endut, calon Pas manakala DUN Batu Burok dipegang oleh Dr. Syed Azman. So..dua lawan dua. Dua DUN Pas…dua DUN Umno. Macam mana keadaan sekarang? Yang tu ramai dok tanya kat aku.

rumah-buruk

Kalau aku boleh bagi jawapan tepat…tak payah pilihanraya la. Kalau tanya kat orang Umno..depa kata depa leading 55-45. Kalau tanya kat orang Pas…depa kata depa leading 60-40. Aku nak kata apa? Semalam aku kata aku masih tak puashati. Hari ni pun…tak ada apa yang nak dibanggakan.

Sehari suntuk aku berjalan..Cuma jumpa dua keping poster calon Pas kat jalan besar. Kot-kot ada lebih sikit…empat lima keping ada kat markas Pas. Dan macam yang aku kata semalam…petugas-petugas masih relax. Pagi tadi…sepatutnya kami bergerak jam 9 pagi. Tapi pukul 11.30 baru nak keluar.

Petugas yang ditugaskan untuk mengiringi kami kemarkas muslimat pun tak tau kat mana. Bila nak keluar…risalah yang nak diedarkan sikit sangat. Kalau takat nak kempen kat 10-20 orang boleh la. Dan yang paling tak syok..bila ada muslimah yang kata “sekarang ni kami tak mau kempen dah..tapi kami tumpukan kepada zikir dan munajat”. Aku tak mau la kata yang tu tak penting…tapi usaha pun kena buat.

Kalau takat mintak kat Tuhan…tapi usaha tak dak..Tuhan pun tak bagi. Hari ni aku dapat satu komplen. “Hang kempen untuk Pas ka..untuk Umno?”. Terpulang la. Kalau hangpa rasa aku nak kempen untuk Umno..hangpa pi la kat tempat-tempat yang aku sebut tadi. Buat culaan sendiri. Dan kalau aku tengok pada mood di DUN Ladang dan DUN Bandar…aku rasa kita ketinggalan. Ni belum lagi cerita kat DUN Batu Burok.

Jadi..aku cuma berani bagi 40 untuk Pas. 50 untuk Umno. Dan 10 lagi atas pagar. So…ada tinggal dua hari lagi. Malam ni…akan mula gerak gempur bersepadu. Anwar dan Nizar akan berkampung disini. Pemimpin-pemimpin lain juga akan datang.

Sumber : Perakexpress.com
wanitaPKRperak.com

AddThis Social Bookmark Button


Sesumpah BN mula 'bekerja' !!  

Sunday, January 11, 2009

Umno/BN memang bijak bab klon-klon ni! Lihat siapa yang kena? Kat Permatang Pauh pun pernah ada kes macam ni. Aku percaya mereka terpaksa menggunakan taktik ini setelah mereka sedar sokongan terhadap mereka berada di dalam keadaan kritikal. Padan muka!! Wakaka..! Tapi aku keliru sejak bila puak-puak ni pandai pakai Vest. Vest Klon yang berjaya di seludup keluar !

Cuba Lihat Vest yang di pakai oleh KJ



Taktik Kotor BN Mula Terserlah!

Taktik kotor Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO mula terserlah dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Kelmarin, Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato’ Mustafa Ali telah mendedahkan kepada umum sifat keji BN yang membeli undi dengan memberi rasuah RM 500.00

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan pula cubaan BN untuk mengujudkan kekeliruan dan salahfaham dikalangan pengundi dengan penemuan sehelai ‘vest’ petugas BN yang dicetak dengan dua lambang.

Ekoran risikan dan tindakan pantas skuad AMK akhirnya membuktikan niat jahat UMNO dan BN apabila vest yang dicetak dengan dua lambang itu ditemui dalam markaz besar pemuda UMNO.
“Kita (AMK) telah mendapat maklumat tentang vest yang berlambang dua itu lebih awal dan menugaskan skuad khas AMK membuat risikan, akhirnya ia berjaya ditemui di markaz besar pemuda UMNO dan skuad khas AMK telah bertindak pantas menyeludup keluar vest tersebut,” kata Pengarah Pilihanraya AMK, Fariz Musa di Markaz Besar AMK, di Kampung Ladang dekat sini semalam.
Beliau berkata vest tersebut amat mengelirukan dan cukup bahaya sekiranya ia diguna pakai. Untuk berita penuh sila lawat blog [link]. Blog mesti klik..

AddThis Social Bookmark Button


Jangan pandang 'rupa'..undilah BN !  

KUALA TERENGGANU, Jan 10 — Pengundi di Kuala Terangganu seharusnya menilai calon Barisan Nasional Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan keupayaan beliau bukan kerana rupa beliau. Ini pandangan Naib Presiden gerombolan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tulisan asal :
(Muhyiddin: Don’t gauge BN candidate by his looks)

KUALA TERENGGANU, Jan 10 — Voters in the Kuala Terengganu constituency should gauge Barisan Nasional candidate Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh based on his capabilities, and not on his looks, Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin said.)

Teman risau benor bila 'bapak' menteri ni cakap macam gitu, bukan apa, mana la tahu kalau ada kelak calon parti yang bermuka macam di sebelah ni masuk bertanding, nak undi jugak ker ? sapa yang boleh jawab ?

AddThis Social Bookmark Button


Antara 'Hanyeer' dan 'Lembah Kinta' !!  

Biar fotonya yang ngomong !

Di Perak !
Di Kuala Terangganu.

Jadi.... mintak tolong jawab lah ye? Ada betoi ka aku dengar Pak Lah pi KT naik V6, Mat Said sambut pakai Merc... Wow!

AddThis Social Bookmark Button


Free Palestine @ Ipoh (update)  

Saturday, January 10, 2009


Perak merupakan negeri yang pertama mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. RM1 juta merupakan sasaran bagi mencapai maksud tersebut. Semoga Perak menjadi pemangkin kepada negeri-negeri lain untuk melaksanakan program yang sama.

Program Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) berjaya menghimpunkan hampir 4,000 rakyat Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Pelbagai kaum dan agama telah bersama-sama menyatakan pendirian mereka mengutuk dan mengecam serangan Israel kepada rakyat Palestin kerana isu Palestin bukan hanya isu agama malah ianya adalah isu kemanusiaan.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Ir Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak turut dihadiri oleh Setiusaha Kerajaan Perak, Datuk Bandar Ipoh, Exco Kerajaan Negeri Perak, Adun-Adun, Pegawai-pegawai kerajaan, parti-parti politik serta pelbagai pertubuhan dan juga orang ramai.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ust Zulkifli Ibrahim, Pengarah Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin, diikuti oleh Dr Khairuddin Dato' Malek selaku pengerusi Jama'iy.


Ucapan mula menjadi bersemangat dengan dimulai oleh Hafeez daripada Bersatu Perak (Mahasiswa), wakil Jemaah Islah Malaysia, Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid serta seorang wakil daripada Palestin.

Cikgu Azmi daripada Teras juga turut melancarkan Boikot Barangan Israel dan Amerika. Amat menarik apabila sebuah pentomim mengenai kesengsaraan Palestin dipersembahkan semasa ucapan oleh Cikgu Azmi.

Persembahan multimedia pula menyusul dengan menayangkan video tentang sejarah peperangan diantara Israel dan juga Palestin serta kezaliman puak rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Parti politik seperti Pas, PKR dan juga DAP mengambil bahagian dengan ucapan oleh pimpinan negeri.


Upacara kemuncak adalah Pelancaran Dana RM1 juta untuk Palestin oleh Menteri Besar Perak dengan pelbagai pihak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri sumbangan mereka kepada Menteri Besar. Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan pada majlis itu sahaja adalah sebanyak RM127,000.00

Sumber berita : Bloggers Perakini (ajijoi) [link]

AddThis Social Bookmark Button


Jika Benar ?? Hujahnya bagaimana ??  

Thursday, January 8, 2009

Saudara Manjung Mari, hang 'check' betui ka apa yang berlaku di Teluk Batik tu, dalam daerah Manjung tu !

Kalau betul, betul lah email dari 'umno' ni, dan mengapa jadi macam tu pulak ? Tetapi kalau tak betul, ramai-ramai kita belasah umno ni di blog dia !


Surat Terbuka Untuk MB Perak : Selamatkanlah Perak‏ !!
Assalamualaikum Dato Seri Haji Mohd Nizar,

Nak minta jasa baik dari Dato Seri tentang permasalahan di negeri kita ni, baru2 ni selepas aidilfitri saya dan keluarga pergi Teluk Batik, alhamdulillah cantik Teluk Batik sekarang ni, saya bersama kelurga saya telah menginap di Teluk Batik Resort, yang saya nak beritahu DS sekarang ni ialah tentang hotel ni telah mendapat satu tapak yang sangat besar bersebelahan hotel tersebut.

Yang lagi bestnya tempat ni dia buat tempat untuk snorkling man made, itu pun takpa lah lagi lah..tapi yang menyayatkan hati ialah terdapat BAR terbuka (SNORKLING PARK CAFE) di sana yang di hiasi dengan lampu yang sangat cantik. Saya memerhatikan ramai orang minum 'open air' di sana.

Saya pun bertanyakan lah dengan salah seorang pekerja di situ, berapa lama dah buka tempat ini, dia pun menjawab...baru dua bulan!!!! Aik....macamana ni DS? Senangnya diorang dapat liquir license? Negeri yang di perintah oleh sebuah parti yang amat saya sanjungi pun boleh jadi macam ni jugak...kalau dulu jangan cerita DS....depa tu memang parpu....tapi sekarang ni macamana tempat ni boleh jadi macam tu?

Pastu saya pun berjalan jalan di persisiran Teluk Batik saya mendapati banyak sekali restoran SEAfood yang besar2 dan cantik tapi dimiliki oleh orang Cina, restoran ini semua baru dalam dua bulan di buka operasinya. Jadi kalau tuan dalam situasi saya, apa perasaan tuan bila melihat habis perniagaan restoran kawasan melayu dimiliki oleh org2 Cina? bukan nak racist ya DS....tapi saya sempat bersembang dengan peniaga kecil org Melayu di sana tampak yang begitu kecewa dengan kerajaan negeri yang baru.....DS, peniaga punya la marah, tak sampai hati saya nak menulis kat sini la DS...katanya habis perniagaan mereka semua dah tak laku sekarang gara2 semua ke restoran besar dan tidak lagi ke gerai mereka ini..

Tujuan saya cerita kat DS hal ini kerana saya menyayangi dan menyanjung tinggi parti PAS. Di mana saya telah melihat kehebatan Tuan Guru Nik Aziz memrintah Kelantan dengan begitu hebat sekali.....begitu juga dengan Haji Azizan di Kedah di mana beliau berani melakukan perubahan ke negeri Kedah....saya pun mengharapkan begitu juga di negeri kelahiran saya ini.

Kalau DS nak tahu la, sayalah orang paling gembira sekali pada hari DS dilantik sebagai Menteri Besar Perak tempohari......tapi bila saya tengok macam ni nampak macam.....tah la DS....boleh tak DS tolong siasat apa yang berlaku kat situ, kalau boleh saya nak bantu DS untuk menjadikan Negeri Perak kita ini yang terbaik di Malaysia....DS, sesungguhnya tanggungjawab yang DS pikul ni adalah amat berat, saya faham.....selamatkanlah negeri Perak kita DS....Ini adalah amanah dan tanggungjawab DS....tolong lah jaga kebajikan orang Melayu, janganlah nanti kita ni MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, saya tahu MB yang dulu2 semua penyangak besar2, DS tunjukkanlah karisma DS sdengan memimpin dengan cara yang adil dan saksama.....sekian buat kali ini. email saya : parpukari@live.com
Jawapan Dari YB Dato Hj Nizar,

trima kasih sdr hamba (parpukari@live.com) atas komen ynag membina serta penghargaan jua kepada keperihatinan sdr berkenaan dgn situasi tersebut.Ini akan dipanjangkan kepada YDP manjung serta DO Manjung untuk siasatan dan langkah selanjutnya. Namun amat baik sekali jnika sdr juga cadang dan syurkan sesuatu tindakan.

Gambar-gambar juga cukup bermanafaat dalam hal ini. Namun, apapun saya bersyukur masih ramai hamba sprti sdr yang ambil berat pasal berleluasa maksiat dan gejala sosial. Truskan usaha baik sdr dan doakan agar Allah memberi kekuatan politik kpd kerajaan PR untuk menjelmakan satu corak pemerintahan yang berteraskan keadilan, amanah , ketelusan, kewibawaan dan berkebajikan.

wasalam

YAB DS MB

AddThis Social Bookmark Button


Tadika Kemas di'bakar' ?  

Monday, January 5, 2009

Memang benar ! 700 premis Kemas yang dihuni oleh 13 ribu murid pra sekolah di'bakar' fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di negeri Perak. Cerita asal di sini. Siapakah yang menyalakan 'fitnah' ? Mungkin ia bermula di sini dan disimbah minyak agar api 'fitnah' itu kian marak di sini..

Gempar satu negara ! Bukti di sini. Boleh percaya ? Takpa polis boleh siasat segera ! MB Perak dah hangin satu badan. Penafian MB Perak di sini.Dan tentu orang 'itu' akan gelak suka pasal berjaya kasi kecoh negeri dan negara. Cerita 'bangang' ni elok ler kita humbankan ke lubang jamban macam kat bawah ni 'Kemas-Kemas' ! Jangan sampai berterabur, busuk nanti !

Lepas campak, jangan lupa ludah 3 kali, tak payah Bismillah (dalam jamban tu ! ) Story closed ! Esok kita cerita P36 pulak !

AddThis Social Bookmark Button


Zahid Hamidi menjadi 'pelawak' ?  

Sunday, January 4, 2009

Cerita jenaka pagi ahad (di atas), buat perut macam nak 'barai' gelakkan si Zahid. Kesian kat hang noo..sanggup 'utusan malaysia' buat tajuk berita macam tu kat hang!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru pulang menunaikan haji di Mekah , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba-tiba gatal mulut meracau kononnya , beberapa pegawai Kemas telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Racaunya mengatakan kira-kira 13,000 murid tadika di negeri Perak ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan zalim kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu. Baca beritanya di sini

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak, Anuar Hashim telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut :

”Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid adalah pemfitnah besar dan pembohong yang dahsyat. Setakat ini MB Perak tidak arah mana-mana dewan ditutup untuk KEMAS di Perak.”

“Zahid hanya umpama 'tekukur' yang tahu berkata-kata tapi semuanya palsu tak selaras dengan tanggung jawab portpolio Hal Ehwal Islam.”

Lihat pula kenyataan akhbar , oleh Idham Lim, Bos BBC atas isu tersebut di sini. Awat la hang jadi macam tu Zahid ? Hang tertelan 'minyak dhab' kaa masa kat Mekah itu hari ?

AddThis Social Bookmark Button


Seruan !!  

Saturday, January 3, 2009


abu amirul@ABOdaily-
PDF Print E-mail

(..) wahai rakyat Kuala, jadilah hero ke2 selepas rakyat Permatang, buktikan pada dunia bahawa rakyat Kuala juga mampu & dambakan perubahan. Ayuh rakyat Kuala, sedarlah dari alpa, bangkitlah dari mimpi, rakyat Kuala harus menolak BN, jadikan PR pilihan.

Bebaskan rakyat Kuala dari belenggu kemiskinan, apa guna negeri kaya tapi rakyat miskin, apa guna masjid yang indah tapi tak di imarahkan, apa guna pemimpin hebat tapi tak tahu nak bela rakyat, apa guna pemimpin Islam tapi tak letak Islam di puncak, apa guna pemimpin UMNO/BN jika hanya menjaga kepentingan diri.

Ayuh rakyat Kuala, kemenangan yang bakal diperolehi ini akan menjadi sebahagian sumbangan rakyat Kuala untuk PR menuju Putrajaya..seterusnya [link]

artikel mesti baca !! Battle of the Band ( part 2 ) - [link]
Battle of the Band (part 1) - [link]

AddThis Social Bookmark Button


ABO : How to becomes a millionaire ?  

Friday, January 2, 2009

ude kenang@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Do you know anyone who works at District Office? At Land Office ? Ever asked or found out about their collection of properties (lands, bungalow lots, palm oil estates etc)? I happen to know a few. I am amazed that with their meager income ( mind you they are only staffs not officers ) how can they own a few land titles - mostly vacant house lots, stretches of sawit planted lands and luxurious bungalows.

My salary is five times higher than theirs, but I am still struggling to provide a good shelter for my family, and have just paid off a long seven-year Bank Rakyat loan to help me finance a one acre durian orchard for my weekend getaway when I retire.

This is not a classic example of jealousy....... Another mind-boggling fact is everytime I talk about certain lands or housing areas with them, they would just 'naturally' admit I have one lot there' or another nauseatting reply of ' my wife's land is there too' or a polite nod of approval ' I know the place, my uncle (read 'crony') has a corner lot there'.... and the list goes on and on.... Have you heard of lands in Kayan? Teluk Senangin? Lambor Kiri? or any clustered lands in Perak? and countless other lands that could have been yours and mine but they are gone, often for good.

Picture this...an unemployed husband (actively involved in UMNO of course!) whose wife is just a staff at land office can afford to build a sprawling bungalow on a corner lot ...CASH! Another man is a non-graduate teacher whose wife is a clerk at the 'goldmine' who sold a land they 'got' in Kayan and built a house of course at a corner lot too.

Another 'achievement' story is a big house owned by a staff (again!) , with a decoration of a chandelier worth RM8,000 (8K) is left unoccupied...the owners? they are probably residing in a much bigger castle.

Friends, should we resign and apply a position at the nearest land/district office? But, do you think we would manage to get as rich? Do we have any more lands left in Perak? I used to hear jokes that if you have sons or daughters, marry them off to anyone working at land/district office! Never mind if he/she is only a janitor...the future is always brighter ...MORE

AddThis Social Bookmark Button


'tengin' orang Umno dan 'tengin' orang PAS ?  

Thursday, January 1, 2009

ude kenang@ABOdaily-
PDF Print E-mail

Mat Sabu kata Dr Mahathir yang hidup matinya untuk UMNO boleh keluar UMNO sebab dia dah tak percaya pada UMNO. Semasa Tun Ghaffar sakit tenat, Mat Sabu pergi melawatnya. Bila ditanya, mana sahabat-sahabat UMNOnya. Tun menjawab, orang UMNO ni masa pegang jawatan, masa berada dalam kerajaan dan masa ada kuasa, masa inilah mereka akan berada dalam ingatan. Bila dah duduk luar, siapapun tak nak pandang hatta sebelah mata. Kalau sakit dah nak mengadap Illahi, kawan-kawan tunggu bila dah tak ada nyawa je. Lagi teruk datang nak makan bubur kacang je. Kalau tak percaya tanya Haji Mat Sabu.

Di kampung teman ramai sungguh orang-orang UMNO yang mati hidup untuk UMNO. Bila cerita tentang rasuah dan salahguna kuasa dan wang rakyat, mereka boleh cerita panjang, tiga hari cerita pun tak habis, siap dengan nombor-nombor dan orang-orangnya sekali. Duit kena songlap, peruntukan kena tibai, kroni/adik beradik dapat projek, semua mereka tahu. Jiran teman siap bagi jumlah sekali. Yang sedih duit Asrama Anak Yatim yang pernah masuk TV pun kena songlap, kata jiran teman yang berjawatan dalam UMNO. Buat apa tu ?, pemilihan, lobby, kain pelikat, kain batik...... semua mereka tahu. Tahu pulak salah dan haram di segi undang-undang dunia dan Islam khasnya.
Sayang seribu kali sayang, mereka buat tengin je (pinjam kata-kata YAB Nizar). Masih lagi menyayangi UMNO. Pada mereka hanya UMNO yang boleh membela deme. Masa Mahathir mengistiharkan keluar UMNO ramai kawan-kawan UMNO yang bersetuju diatas tindakan Tun itu. Ingatkan mereka nak ikut serta, tetapi TIDAK sama sekali. Alasannya dalam UMNO yang elok pun ada, yang tak elok pun ada. Mereka akan menyokong yang elok-elok tu. Ramai ustaz-ustaz, haji-haji, dan para cendiakawan dalam UMNO yang baik. Yang tak baik tu sikit je........ Betul ke?
Pelik juga orang UMNO ni, bila ada kematian, orang PAS jugak dicari. Bila nak kenduri, nak baca tahlil, panggil orang PAS juga. Di kampung teman kalau tak ada imam orang PAS, pakat tak ada le orang sembahyang berjemaah. Saya pernah beritahu pada kawan-kawan, bila ada kematian cuba kita buat-buat sibuk ke, buat-buat dek ke. Tapi orang-orang PAS baik. Orang UMNO pun tahu dan mereka gunakan ini sebagai alasan yang baik. Selanjutnya klik [link]

*ABO-sameler dgn kampung teman ni, baru ajer semalam berbual dgn 3 org kuat Pemuda Umno tempat teman,pasal udah deme tu nak bersembang hal politik,teman 'kawtim' meja deme tu,tapi sebelum bayor teruk ler juga kena gasak dgn teman. Gasak macamana pun itu ler ngopernyer..tetap tengin..hujungnya Umno juger yg betui pada deme !

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster