BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

(2) LIVE PC@ABOdaily - Penafian MB dan Ust.Ahmad Awang  

Saturday, February 7, 2009

Penjelasan Ustaz Ahmad bin Awang



Menjawab Rampasan Kuasa

AddThis Social Bookmark Button


LIVE PC@ABOdaily - MB menjawab tohmahan  

Sidang Media oleh YAB MB Besar Perak [Jum:70209:6pm]



Bahagian 2

AddThis Social Bookmark Button


Liputan Khas ABOdaily - 24hours@LIVE  

Monolog ABO - Pejuangkah aku ?
Jam ditangan dah hampir pukul 1.30 am. 4 bijik Panadol Actofast baru ajer kena baham. Dari pagi sudah 7 tong redbull kemek dipijak, bau badan dah macam ikan gelama kering, takpa..bau itu lebih wangi andai dibandingkan dengan bau katak-katak yang tak henti menyalak,terlompat-lompat mengangga-ngga memenuhkan kantung dan tekak bersama lendir-lendir hipokrit, ong..ong..ong..terjerit-jerit di bibir cuping telinga, dan kepala pun naik 'bengg' !

Bini kat rumah..hello..abang bila nak balik ! Cisss..jika takut akan risiko, usah bicara soal perjuangan'. Wow ! laki aku nak jadi pejuang ! Dari pagi hingga ke malam dan berjumpa lagi pagi terus ke petang...bersambung ke malam dan menjumpai semula pagi, perjuangan masih belum selesai.

ABO masih di sini, menyusun sumber muktahir terus dari bilik media di Kediaman Menteri Besar Perak. Dengan sedikit bekal air mineral, kudrat terus dihulur, menginjak kezaliman demi mencari keluhuran untuk keadilan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang dionarkan oleh mereka-mereka yang berhati 'zalim' !

Kemarahan Rakyat jelas terlihat ! Siapa yang rakus akan kuasa ??

Paparan langsung dari Bilik Media, kediaman rasmi Menteri Besar Perak dibawakan oleh ABOdaily. Sila klik AL-BANJARI ONLINE - blog rasmi ABOdaily untuk paparan terkini !

AddThis Social Bookmark Button


Munajat & Himpunan Rakyat Perak 'ESOK' !!  

Wednesday, February 4, 2009

Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat menyokong MB Perak, DS Ir. Nizar
pada :

5 Feb 2009 ( Khamis) Jam 7 malam
bertempat di Kediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.

Turut Hadir esok :
DS Anwar Ibrahim
dan semua Menteri Besar /Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Dijemput Hadir dan bawa sejadah

AddThis Social Bookmark Button


Dah hilang akai ka apa ?  

Tuesday, February 3, 2009

'Hilang akai kaa.. apa ?. MAAFLAH kalau ada yang rasa saya terlampau. Tetapi sungguh, apabila dua ADUN Perak, dari Tangkai Jering dan Belerang, yang disebut-sebut akan lompat parti, tiba-tiba dikatakan hantar surat letak jawatan, saya kira ini cerita yang paling tidak munasabah.

"Hilang akai ke apa?"

Elok-elok sudah duduk kerusi Exco, tiba-tiba hantar surat letak jawatan. Saya kira, ini serupalah cerita orang yang sedang bersiap-siap hendak menikah, tiba-tiba pergi cari tukang urut untuk buat diri sendiri 'mati pucuk'.

Memang tidak munasabah!

Ini kerana, sesiapa pun boleh mencongak bahawa apa lagi kuasa tawar menawar yang mereka ada jika mereka sendiri sengaja letak jawatan wakil rakyat.

BN pun apa faedah yang akan dapat jika benar ada usaha untuk umpan mereka melompat, sedangkan tanpa jawatan wakil rakyat, ikut kamus politik, mereka sudah tidak ada apa-apa lagi!

Sesungguhnya, apa yang baru berlaku di Perak ini memang sangat unik kesnya dalam sejarah politik negara. Tidak pernah berlaku permainan yang sampai ke tahap ini liciknya.

Ikut apa yang mereka sendiri kata, kedua-duanya tidak pernah hantar surat letak jawatan sebagaimana yang dikatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, kelmarin.

Sebaliknya kata mereka, surat itu adalah surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang mereka dipaksa tanda tangani sebagai akujanji selepas menang pilihan raya umum lalu.

Ertinya, jika mereka lompat parti, surat itu akan dikeluarkan dan dengan itu, peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Ini dahsyat punya politik Anwar Ibrahim," kata seorang teman blogger sewaktu hubungi saya petang semalam. Dan katanya lagi, ini juga menunjukkan Anwar sememangnya tidak pernah mempercayai sesiapa melainkan hanya dirinya sendiri sahaja.

Dan kata saya pula, "Anwar bagaimanapun pandai buat orang terus percaya kepadanya walaupun dia sendiri tidak pernah percayakan orang."

sumber : http://muhamadmatyakim.blogspot.com/

AddThis Social Bookmark Button


Gong Xi Fa Chai buat YB Idham Lim  

Monday, February 2, 2009

Saya mengadakan Hari Terbuka Hari Raya Cina pada tahun ini dengan tujuan untuk membuktikan bahawa saya masih mengamalkan budaya Cina yang tidak bercanggah dengan Islam yang saya anut, disamping dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang terdapat dalam DUN Titi Serong.

Demikian antara ucapan yang diberikan oleh ADUN Titi Serong,Drs. Khalil idham Lim dalam majlis Hari Terbuka hari Raya Cina yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini hari ini. Sambutan Rumah Terbuka seumpama itu adalah untuk kali yang pertama setelah ADUN berbangsa Cina dari PAS itu memenangi DUN Titi Serong dalam PR Umum tahun lepas. Dianggarkan lebih 3000 orang yang terdiri dari majoriti kaum Cina , serta Melayu dan India yang telah memenuhi perkarangan kediaman ADUN di antara jam 1.30 hingga 5.30 petang.


Drs.Khalil menyambut kedatang tamu dengan tarian singa.

"Saya masih mengamalkan makan besar di malam pertama raya dan membeli baju baru sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina" Jelas Khalil.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan kesudian semua bangsa yang hadir dan menyatakan inilah bukti bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan yang kuat di Titi Serong.

Mengenai kedatangan Tahun Lembu yang disambut pada tahun ini, Drs. Khalil mengajak dengan semagat kekuatan lembu supaya orang cina terus maju dalam bidang perniagaan walaupun tahun 2009 berada dalam keadaan ekonomi kurang selesa.

Semua pengunjung disambut dengan tarian singa yang didatangkan khas oleh ADUN dari Bandar Baru Kedah.

Selain itu Drs. Khalil dan isteri telah menyerahkan "ang pau" kepada kanak-kanak yang hadir. Sebelum pulang mereka telah dihadiahkan dua biji limau Mandarin yang disediakan khusus dalam bag.

Drs. Khalil dikerumuni kanak-kanak untuk mendapatkan Ang Pau.


Kelancaran program adalah dibantu oleh ahli Kelab Penyokong PAS Kaum Cina dan lebih 20 orang Unit Amal PAS Kawasan Parit Buntar. Artikel ini diambil dari blog Cina Islam

AddThis Social Bookmark Button


Klip Video Dato' Nasa di Bota Kanan - Hijrahku bukan kerana duit !!  

Saturday, January 31, 2009

Video 1 : Ceramah di Bota Kanan



Video 2 : Ceramah di Bota Kanan



video 3 : Ceramah di Bota Kanan



12061@ABO

AddThis Social Bookmark Button


ABO - drebar 'Nabi' seorang yahudi !  

Thursday, January 22, 2009

AddThis Social Bookmark Button


Bantulah saudara kita ini sekadar 'mampu' !  

Saturday, January 17, 2009

ABOdaily-
" tuan, saya cuma fikirkan pisau dan tali saja sekarang, tolonglah tuan !' Lihatlah keadaan kehidupan kami, anak-anak saya yang kelaparan, sudah 2 hari kami tidak menjamah nasi tuan ! sekali fikir ingin saja saya habiskan umur kami sekeluarga dengan 'mati' ,sebab itu saya sekarang seperti 'orang gila', macam saya cakap, fikiran saya hanya ingatkan 'pisau' dan 'tali' ". MasyaAllah ! begitulah luahan sedih seorang miskin di kawasan Adunku. Menjadi miskin kerana kehilangan kerja dan tiada sumber wang untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil.

Luahan ikhlas dari pengundi dalam Adun Titi Serong, saudara Mohd Fadil bin Shahidan, F288, batu 3, Parit Kasa, Sungai Bakau. Kebetulan teman berjumpa dengan beliau ketika singgah sebentar di sebuah kedai dimana beliau datang ke kedai itu untuk membeli setengah kilo beras dan 5 biji telor buat makan anak-anaknya di rumah yang masih kecik-kecil seramai 4 orang. Itupun membeli dengan 'hutang', Allah hu Akbar !! Sedih bila dikenang-kenangkan kesusahan yang ditanggungnya.

Teman dibawa untuk ke rumah sewanya oleh saudara kita ini, dan inilah yang teman lihat dan rasa. Amat memilukan hati pada yang memandang ke'susah'an keluarga ini.

Anak-anaknya yang masih kecil yang kelaparan. Ketika teman sampai di rumahnya petang tadi, kedengaran suara anak-anaknya menangis lapar, dengan si ibu 'menangis' memujuk anak2nya agar bersabar. Bila ditanya kepada si ibu, isterinya hanya mampu berkata, kami kehabisan beras untuk dimasak, tuan ! Aduhh...sedih dan pilu hati nya teman melihat keluarga ini !

Lihatlah gambar besen mengisi beras yang kosong. Bila ditanya lagi, si ibu hanya berkata mereka hanya minum air pili sahaja. Allah hu Akbar !!

Ya Allah! YBku, jenguklah keluarga ini. Luangkanlah masa tuan YB untuk datang ke rumahnya. Beliau menunggu YB katanya. Kata kerani di pejabat tuan YB di Bandar Wawasan Parit Buntar, akan ada nanti pegawai tuan YB datang untuk membuat pantauan dan siasatan, tapi mana dia ? telah 2 hari saudara ini menunggu tuan YB ! Sibuk sangatkah 'pegawai' tuan yang tuan amanahkan ? Saudara kita ini juga ada memberitahu, ada mengadu kepada bekas YB En. Bakar Ali (BN) tetapi bekas YB itu menyatakan bahawa jumpa dia bulan 2 nanti. Nak tunggu bulan 2, mati la kami anak beranak kalau macam ini katanya.

Keluarga ini berada dalam kawasan Adun Titi Serong, keluarlah sebentar dan jenguklah sekejap..mungkin ia dapat meringankan sedikir beban 'emosi' keluarga ini !

Alamatnya ada di atas dan mungkin ada direkodkan di pejabat tuan YB juga. Bantulah ia sekadar yang boleh ! Teman dah bantu petang tadi. Selanjutnya teman serahkan kepada 'pegawai-pegawai' YB pula menanganinya. Apa yang teman bimbang, bimbang 'syaitan dan iblis' yang datang menjadi kawan tak kala semua cara menjadi buntu, dan mahukah insiden tahun lalu satu keluarga membunuh diri berlaku lagi di sini ! Nau zu billahi min zaalik !!

Kalaulah 'pesta' PRK di Kuala Terangganu itu berlaku di Parit Buntar, teman percaya bukan setakat rumah, malah kebajikan keluarga ini juga akan turut dibela. Tapi ia tidak berlaku di sini, pesta itu hanya ada di Kuala Terangganu.

Jelas Mohd Fadil lagi, beliau telah pergi mengadu ke pejabat Adun Titi Serong, namun sehingga sekarang belum ada seorang pegawai yg datang untuk melihat keadaan sebenar keluarganya. Lebih sebulan saudara ini telah kehilangan pekerjaan, ia sangat memberi 'perit' baginya kerana memikirkan belanja untuk anak-anaknya, baginya dia tak makan tak apa, tapi kesianlah bila tengok anak-anak lapar.

Bila teman minta kad pengenalan, dah lama hilang katanya, dia tak ada duit nak membayar denda kerana kehilangan kad tersebut, tetapi yang ada hanyalah 'kartu' tanda keahlian persatuan nelayan, itulah ganti i/cnya sekarang. Isterinya tidak bekerja dan sedang mengandung anak yang ke-5. Kepada warga yang perihatin hulurlah sumbangan untuk anak-anak keluarga ini kerana Allah.

Di antara tindakan teman pada petang tadi, ialah minta jiran sampaikan masalah saudara ini ke pengetahuan jemaah dan imam masjid yang berdekatan ! Jika boleh kita tak mahu berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Update 10 malam.
Teman baru saja menghubungi YB Idham yang kini berada di Kuala Terangganu, InsyaAllah beliau akan datang menziarahi keluarga ini pada hari Ahad.

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster