BreakingNews@ABO

News@BloggersNetwork

Kepelbagaian produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

JOM PAKAT-PAKAT TUKAR PRODUK SEHARIAN KEPADA PRODUK HALAL PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, dan Ilmu diagnos penyakit Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), rangkaian restoran HPA yang lain, Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. [e8059]

ABOdaily news update

klik image. atau klik di sini [link] Blog perniagaan ini masih dalam selenggaraan. Akan diaktifkan pada Januari 2009. 'Bloggers OnbiZ' - perniagaan online terbaru dari ABO. Jom klik !!
Mutiara kata :
Aku pegang kata2 ini biar sampai jadi 'batu'!
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke? ~ Pengasas

(*) Dari Bilik Media - Rumah Rasmi MB Perak mula dikosongkan (terkini)  

Monday, February 16, 2009

Update 11 pagi

Pada pagi ini, proses memindahkan barang dari kediaman rasmi MB Perak ke rumah baru sedang dijalankan. Beberapa buah lori keluar dan masuk mengangkut barang peribadi MB Perak yang 'sah' ke lokasi yang baru.

Bilik Media juga diarahkan untuk mengemaskan peralatan dan alatan untuk ditempatkan di tempat baru. Kemungkinan Bilik Media Kerajaan Pakatan Rakyat akan berpindah ke lokasi tetap pada petang ini.

Untuk update terkini sila layari blog rasmi ABO - di sini [link]

AddThis Social Bookmark Button


(*) Bloggers@HOT - 2 Pengorbanan Besar Nizar untuk rakyat  

Sunday, February 15, 2009

Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan.

Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.

Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula.

Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka.

Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ?

Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang' tidak mendurhakai Sultan ?

Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan'nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini.

Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik' itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit' yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang.

Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka. Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai.

Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri.

Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan.

Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.

Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata' rakyat.

Oleh : WFAUZDIN NS (menerusi email)


AddThis Social Bookmark Button


2 bloggers Perak@Network ditahan Polis !  

Dapatkan sumber muktahir dari bilik Media BloggersNetwork@Perak. klik [link] dan [link]

AddThis Social Bookmark Button


Sidang Media oleh MB Perak Ir. Nizar jam 3.30 ptg hari ini !  

Thursday, February 12, 2009

TERKINI !!

..Beliau akan mengosongkan kediaman rasmi ini dalam masa yg terdekat (10 hari dari sekarang ) manakala semua pertemuan serta mesyuarat beliau menyatakan akan diadakan di tempat lain yang difikirkan sesuai, MB juga telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan di Perak sekarang adalah sebagai "kerajaan buangan".

Kenyataan penuh sidang media sila [klik] seterusnya..

AddThis Social Bookmark Button


Dari Bilik Media kediaman MB Perak (TERKINI )  

Sidang Media Penting jam 3 ptg ini !
Kami masih lagi berada dikediaman MB, membantu apa yang patut. Membuat kerja-kerja mencari berita, mengolah dan menrbitkan risalah-risalah untuk memberikan penerangan kepada penduduk-penduduk kampung yang tidak dapat mengakses internet.

Sesiapa yang datang pada malam ceramah dirumah MB pada hari Ahad lalu, mungkin menerima beberapa risalah yang diedarkan, itulah hasil daripada apa yang kami buat. Terima kasih diatas sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada Bloggers Network.

klik [LINK] untuk maklumat penuh !

AddThis Social Bookmark Button


(2) LIVE PC@ABOdaily - Penafian MB dan Ust.Ahmad Awang  

Saturday, February 7, 2009

Penjelasan Ustaz Ahmad bin Awang



Menjawab Rampasan Kuasa

AddThis Social Bookmark Button


LIVE PC@ABOdaily - MB menjawab tohmahan  

Sidang Media oleh YAB MB Besar Perak [Jum:70209:6pm]



Bahagian 2

AddThis Social Bookmark Button


Liputan Khas ABOdaily - 24hours@LIVE  

Monolog ABO - Pejuangkah aku ?
Jam ditangan dah hampir pukul 1.30 am. 4 bijik Panadol Actofast baru ajer kena baham. Dari pagi sudah 7 tong redbull kemek dipijak, bau badan dah macam ikan gelama kering, takpa..bau itu lebih wangi andai dibandingkan dengan bau katak-katak yang tak henti menyalak,terlompat-lompat mengangga-ngga memenuhkan kantung dan tekak bersama lendir-lendir hipokrit, ong..ong..ong..terjerit-jerit di bibir cuping telinga, dan kepala pun naik 'bengg' !

Bini kat rumah..hello..abang bila nak balik ! Cisss..jika takut akan risiko, usah bicara soal perjuangan'. Wow ! laki aku nak jadi pejuang ! Dari pagi hingga ke malam dan berjumpa lagi pagi terus ke petang...bersambung ke malam dan menjumpai semula pagi, perjuangan masih belum selesai.

ABO masih di sini, menyusun sumber muktahir terus dari bilik media di Kediaman Menteri Besar Perak. Dengan sedikit bekal air mineral, kudrat terus dihulur, menginjak kezaliman demi mencari keluhuran untuk keadilan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang dionarkan oleh mereka-mereka yang berhati 'zalim' !

Kemarahan Rakyat jelas terlihat ! Siapa yang rakus akan kuasa ??

Paparan langsung dari Bilik Media, kediaman rasmi Menteri Besar Perak dibawakan oleh ABOdaily. Sila klik AL-BANJARI ONLINE - blog rasmi ABOdaily untuk paparan terkini !

AddThis Social Bookmark Button


Munajat & Himpunan Rakyat Perak 'ESOK' !!  

Wednesday, February 4, 2009

Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat menyokong MB Perak, DS Ir. Nizar
pada :

5 Feb 2009 ( Khamis) Jam 7 malam
bertempat di Kediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.

Turut Hadir esok :
DS Anwar Ibrahim
dan semua Menteri Besar /Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Dijemput Hadir dan bawa sejadah

AddThis Social Bookmark Button


Dah hilang akai ka apa ?  

Tuesday, February 3, 2009

'Hilang akai kaa.. apa ?. MAAFLAH kalau ada yang rasa saya terlampau. Tetapi sungguh, apabila dua ADUN Perak, dari Tangkai Jering dan Belerang, yang disebut-sebut akan lompat parti, tiba-tiba dikatakan hantar surat letak jawatan, saya kira ini cerita yang paling tidak munasabah.

"Hilang akai ke apa?"

Elok-elok sudah duduk kerusi Exco, tiba-tiba hantar surat letak jawatan. Saya kira, ini serupalah cerita orang yang sedang bersiap-siap hendak menikah, tiba-tiba pergi cari tukang urut untuk buat diri sendiri 'mati pucuk'.

Memang tidak munasabah!

Ini kerana, sesiapa pun boleh mencongak bahawa apa lagi kuasa tawar menawar yang mereka ada jika mereka sendiri sengaja letak jawatan wakil rakyat.

BN pun apa faedah yang akan dapat jika benar ada usaha untuk umpan mereka melompat, sedangkan tanpa jawatan wakil rakyat, ikut kamus politik, mereka sudah tidak ada apa-apa lagi!

Sesungguhnya, apa yang baru berlaku di Perak ini memang sangat unik kesnya dalam sejarah politik negara. Tidak pernah berlaku permainan yang sampai ke tahap ini liciknya.

Ikut apa yang mereka sendiri kata, kedua-duanya tidak pernah hantar surat letak jawatan sebagaimana yang dikatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, kelmarin.

Sebaliknya kata mereka, surat itu adalah surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang mereka dipaksa tanda tangani sebagai akujanji selepas menang pilihan raya umum lalu.

Ertinya, jika mereka lompat parti, surat itu akan dikeluarkan dan dengan itu, peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Ini dahsyat punya politik Anwar Ibrahim," kata seorang teman blogger sewaktu hubungi saya petang semalam. Dan katanya lagi, ini juga menunjukkan Anwar sememangnya tidak pernah mempercayai sesiapa melainkan hanya dirinya sendiri sahaja.

Dan kata saya pula, "Anwar bagaimanapun pandai buat orang terus percaya kepadanya walaupun dia sendiri tidak pernah percayakan orang."

sumber : http://muhamadmatyakim.blogspot.com/

AddThis Social Bookmark Button


Gong Xi Fa Chai buat YB Idham Lim  

Monday, February 2, 2009

Saya mengadakan Hari Terbuka Hari Raya Cina pada tahun ini dengan tujuan untuk membuktikan bahawa saya masih mengamalkan budaya Cina yang tidak bercanggah dengan Islam yang saya anut, disamping dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang terdapat dalam DUN Titi Serong.

Demikian antara ucapan yang diberikan oleh ADUN Titi Serong,Drs. Khalil idham Lim dalam majlis Hari Terbuka hari Raya Cina yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini hari ini. Sambutan Rumah Terbuka seumpama itu adalah untuk kali yang pertama setelah ADUN berbangsa Cina dari PAS itu memenangi DUN Titi Serong dalam PR Umum tahun lepas. Dianggarkan lebih 3000 orang yang terdiri dari majoriti kaum Cina , serta Melayu dan India yang telah memenuhi perkarangan kediaman ADUN di antara jam 1.30 hingga 5.30 petang.


Drs.Khalil menyambut kedatang tamu dengan tarian singa.

"Saya masih mengamalkan makan besar di malam pertama raya dan membeli baju baru sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina" Jelas Khalil.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan kesudian semua bangsa yang hadir dan menyatakan inilah bukti bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan yang kuat di Titi Serong.

Mengenai kedatangan Tahun Lembu yang disambut pada tahun ini, Drs. Khalil mengajak dengan semagat kekuatan lembu supaya orang cina terus maju dalam bidang perniagaan walaupun tahun 2009 berada dalam keadaan ekonomi kurang selesa.

Semua pengunjung disambut dengan tarian singa yang didatangkan khas oleh ADUN dari Bandar Baru Kedah.

Selain itu Drs. Khalil dan isteri telah menyerahkan "ang pau" kepada kanak-kanak yang hadir. Sebelum pulang mereka telah dihadiahkan dua biji limau Mandarin yang disediakan khusus dalam bag.

Drs. Khalil dikerumuni kanak-kanak untuk mendapatkan Ang Pau.


Kelancaran program adalah dibantu oleh ahli Kelab Penyokong PAS Kaum Cina dan lebih 20 orang Unit Amal PAS Kawasan Parit Buntar. Artikel ini diambil dari blog Cina Islam

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster